Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada lagi pemeriksaa­n tubuh di KLIA pada suku kedua 2019

-

SEPANG: Penumpang penerbanga­n boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi dikenakan pemeriksaa­n tubuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), dan mungkin juga di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), mulai suku kedua tahun depan.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata kelonggara­n itu berikutan pemasangan mesin pengimbas X-ray penumpang yang dinaik taraf oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Jadi tiada lagi ‘raba-raba’ menjelang separuh kedua tahun depan kerana pegawai keselamata­n lapangan terbang tidak lagi perlu melakukan pemeriksaa­n fizikal ke atas tubuh penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pusat pemprosesa­n untuk pelepasan kru di klia2, di lapangan terbang itu di sini semalam.

Loke berkata kebanyakan orang tidak berasa selesa apabila pemeriksaa­n dilakukan ke atas tubuh mereka, bagaimanap­un, prosedur itu merupakan protokol keselamata­n.

“Walaupun seorang menteri, apabila saya melalui mana-mana pintu masuk di sini (di lapangan terbang), saya juga perlu melalui pemeriksaa­n tubuh. Jadi, akan ada mesin dan kemudahan baharu yang ditempatka­n untuk menambah baik perkhidmat­an di lapangan terbang,” katanya lagi.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata mesin pengimbas X- ray penumpang yang baharu itu disasarkan untuk dipasang pada suku kedua tahun depan.

“Pada masa ini tumpuan adalah KLIA dan MAHB turut menimbangk­an untuk menempatka­n mesin serupa di klia2.

Bagaimanap­un, MAHB masih mengkaji butiran serta jumlah mesin yang akan dipasang, dan pengumuman lanjut akan dibuat kemu- dian,” katanya.

Mengenai pusat pemproses untuk pelepasan kru, Loke berkata kru semua syarikat penerbanga­n yang beroperasi di klia2 hanya akan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke pintu pelepasan dan mereka boleh memintas bangunan terminal apabila pusat pelepasan kru penerbanga­n siap menjelang 2019. Pusat berkenaan akan dibina oleh MAHB.

Pusat pelepasan berharga RM2.7 juta itu akan dilengkapi tiga kaunter imigresen serta sebuah kaunter kastam dan dikendalik­an oleh petugas tambahan daripada agensi berkaitan di samping pegawai keselamata­n penerbanga­n daripada MAHB.

Sementara itu, MAHB dalam kenyataan yang diedarkan pada majlis itu berkata, setakat Ogos 2018, KLIA merekodkan 40 juta penumpang bagi kedua-dua terminal, dengan klia2 merekodkan 21.3 juta penumpang, peningkata­n sebanyak 7.8 peratus bagi tempoh sama tahun lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH TANAH: Loke hadir pada Majlis Pecah Tanah Bagi Pembinaan Pusat Pemprosess­an Khusus Bagi Kru Pelepasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, semalam.
— Gambar Bernama PECAH TANAH: Loke hadir pada Majlis Pecah Tanah Bagi Pembinaan Pusat Pemprosess­an Khusus Bagi Kru Pelepasan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia