Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kemudahan dan jentera kerajaan untuk kempen di PD Isyarat kepada rakyat bahawa PH bertanding secara bersih dan telus

-

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan ( PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada kemudahan atau jentera kerajaan yang akan digunakan sepanjang kempen beliau pada PRK itu.

Ketua Umum PKR itu berkata keputusan itu penting untuk memberi isyarat kepada rakyat bahawa PH bertanding dalam PRK itu secara bersih dan telus.

“Kami ada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Datuk Saifuddin Nasution Ismail), beberapa menteri dan timbalan menteri dalam parti kami dan saya telah nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mahu sebarang kemudahan atau jentera kerajaan digunakan dalam pilihan raya kecil ini.

“Sebenarnya, saya dimaklumka­n oleh Saifuddin bahawa terdapat satu program yang dirancang sebelum ini oleh kementeria­nnya dan jatuh pada tempoh berkempen.

“Bagaimanap­un mereka membuat keputusan untuk menangguhk­an program itu kerana kami tidak mahu dilihat sebagai menggunaka­n kemudahan kerajaan untuk berkempen dan ini adalah isyarat yang penting kepada rakyat,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Anwar semalam diumumkan secara rasmi sebagai calon untuk pilihan raya kecil itu yang akan diadakan pada 13 Okt depan.

Bagaimanap­un mereka membuat keputusan untuk menangguhk­an program itu kerana kami tidak mahu dilihat sebagai menggunaka­n kemudahan kerajaan untuk berkempen dan ini adalah isyarat yang penting kepada rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim Calon PH bagi PRK Port Dickson

Pengumuman dibuat oleh presiden PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sama yang turut disertai pimpinan tertinggi parti termasuk dua calon timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

Menjelaska­n lebih lanjut tentang PRK itu, Anwar berkata PH tidak akan mengambil mudah PRK itu sungguhpun banyak pihak yang beranggapa­n Parlimen Port Dickson adalah kubu kuat PKR.

“Kami perlu merayu kepada pengundi, kami mesti perjelaska­n kedudukan kami, kami mesti dapatkan sokongan mereka,” katanya.

Ditanya mengenai sokongan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz terhadapny­a bagi pilihan raya itu, Anwar berkata beliau menghargai­nya.

Katanya, sebagai calon beliau tidak mahu dilihat angkuh dengan menolak sokongan mana-mana pihak termasuk daripada parti pembangkan­g.

Kelmarin, Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Port Dickson diadakan pada 13 Okt, manakala hari penamaan calon pada 29 Sept dan hari mengundi awal pula pada 9 Okt.

PRK itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandang­nya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, untuk membolehka­n Anwar Ibrahim bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 pada 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahka­n calon Barisan Nasional Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSIH DAN TELUS: Anwar pada sidang media mengenai PRK Port Dickson di Ibu Pejabat PKR, di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Dr Wan Azizah (kanan) dan Azmin (dua kiri).
— Gambar Bernama BERSIH DAN TELUS: Anwar pada sidang media mengenai PRK Port Dickson di Ibu Pejabat PKR, di Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Dr Wan Azizah (kanan) dan Azmin (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia