Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Abdul Rahman kejutkan pemenang pingat emas Sukan SEA 2017

-

IPOH: Pelumba Terengganu, Wan Abdul Rahman Hamdan mempamerka­n kayuhan bertenaga mengejutka­n pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Eiman Firdaus Mohd Zamri dalam saingan final 4 Kilometer Kejarmenge­jar Individu Lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 semalam.

Pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa empat minit 44.215 saat berbanding Eiman dari Johor yang mencatat 4:51.730s pada perlumbaan yang berlangsun­g di Velodrom Rakyat di sini.

Pingat gangsa menjadi milik Waldron Chee Wen Chon dari Sabah dengan catatan 4:55.753s menewaskan Muhsin Al Redha Misbah dari Selangor yang merekod masa 4: 57.910s pada perlumbaan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Anak kepada peniaga pasar borong di Terengganu itu, tidak menyangka dapat melakukan kayuhan terbaik itu kerana mengakui berbasikal trek bukan acara kegemarann­ya.

“Alhamdulil­lah syukur, saya tidak meletakkan sasaran meraih emas acara ini memandangk­an ini kali pertama saya sertai Sukma. Jurulatih hanya meletakkan sasaran menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

“Saya rasa aksi saya hari ini (semalam) berada di luar kemampuan sebenar. Sokongan daripada jurulatih dan keluarga yang datang dari jauh menambah semangat saya.

“Sebelum saya berlumba saya minta petua daripada pelumba berpengala­man seperti Mohammad Saufi Mat Senan. Saya tidak nafikan berasa gemuruh kerana pencabar saya pelumba yang meraih emas acara ini pada Sukan SEA 2017 serta turut bertanding di Sukan Asia,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, Wan Abdul Rahman meraih pingat emas acara kriterium serta pingat perak acara lebuh raya lepas berama-ramai.

Beliau berkata kejayaan semalam juga menyuntik semangatny­a untuk meraih pingat emas acara keirin hari ini. — Bernama

Saya rasa aksi saya hari ini (semalam) berada di luar kemampuan sebenar. Sokongan daripada jurulatih dan keluarga yang datang dari jauh menambah semangat saya. Wan Abdul Rahman Hamdan Pelumba basikal Terengganu

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTENAGA: Wan Abdul Rahman beraksi dalam acara akhir 4KM individu kejar-mengejar akhir, semalam.
— Gambar Bernama BERTENAGA: Wan Abdul Rahman beraksi dalam acara akhir 4KM individu kejar-mengejar akhir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia