NADMA nafi hantar SMS tabung gempa bumi Sulawesi

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam menafikan menghantar mesej ringkas mengenai Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami (TBGBTS) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

Dalam kenyataannya semalam, NADMA menegaskan mesej ringkas yang tersebar atas nama Tabung Bencana Gempa Bumi NADMA yang didepositkan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (221191183544) adalah daripada agensi itu.

Sebaliknya, menurut agensi itu mereka yang ingin menderma boleh berbuat terus ke TBGBTS.

Sumbangan juga boleh disalurkan ke akaun Bank Mua- malatbernombor16010000882- 71-8 atau melalui cek atas nama Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Bukti transaksi berkenaan perlu dihantar ke nombor 012-6519563 atau 012-2344048 untuk tujuan rekod.

Kerajaan pada 4 Okt lepas telah meluluskan penubuhan TBGBTS bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami Sulawesi dan tempoh operasi tabung berkenaan adalah selama sebulan sehingga akhir bulan ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.