Tiga cedera 4WD terbabas, rempuh penghadang jalan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SARIKEI: Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera di bahagian kaki setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4, Jalan Repok di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian terse- but, kereta mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Kemalangan berlaku sekitar jam 9.15 pagi ketika mangsa bersama dua penumpang lain sedang dalam per- jalanan menuju ke pusat bandar.

Dua penumpang wanita tersebut turut cedera ringan.

Kesemua mangsa yang cedera oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sarikei.

TERBABAS: Kemalangan sebuah 4WD di Kilometer 4 Jalan Repok, Sarikei pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.