JIM, Kelab Gagong Sarawak antara johan kategori perbarisan sempena Hari Jadi TYT

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dinobatkan johan keseluruhan kontinjen perbarisan bagi kategori badan beruniform sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Yang Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dataran Bandar Sibu, semalam.

Naib johan disandang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tempat ketiga dimenangi oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Bagi kategori badan bukan beruniform, ia dimenangi oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS), manakala Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di tempat kedua dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di tempat ketiga.

SMK Deshon Sibu pula mengungguli kategori pendidikan sementara naib johan disandang oleh SMK Tiong Hin Sibu dan Universiti Malaysia Sarawak di tempat ketiga.

Persatuan Veteran Tentera, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dudong dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pelawan masing- masing mengungguli tiga tempat teratas dalam kategori persatuan.

Kategori etnik pula menyaksikan Kelab Gagong Sarawak (KGS) muncul johan diikuti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh ( DBNA) selaku naib johan sementara Persatuan Melanau Sibu di tempat yang ketiga.

Sebanyak 121 kontinjen dari pelbagai badan, persatuan termasuk sekolah dan institut pengajian tinggi telah menyertai perbarisan rapat raksasa pada kali ini.

KAMI JUARA: JIM ketika merakamkan kenangan selepas dinobatkan johan bagi kategori badan beruniform.

GAGAH: Kelab Gagong Sarawak ketika melakukan lintas hormat yang mengungguli kategori etnik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.