Program Karnival Kerjaya di Sibu dapat sambutan baik

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Program Karnival Kerjaya 2018 Peringkat Bahagian Sibu di Dewan Suarah Sibu semalam mendapat sambutan memberangsangkan.

Seramai 20 majikan terlibat dalam karnival kali ini yang menawarkan sebanyak 1,676 jawatan dalam 10 jenis industri.

Antaranya industri pertanian, penternakan dan perikanan, pembuatan, bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara, perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal.

Jawatan lain termasuklah dalam industri pengangkutan dan penyimpanan pembinaan, penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, kewangan dan insurans/takaful, kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial, perkhidmatan lain-lain.

Selain temu duga pekerjaan secara terbuka, karnival turut melibatkan pendaftaran pencari kerja secara dalam talian dan kaunter penempatan pekerjaan.

Sibu menjadi lokasi kelapan penganjuran karnival selepas yang pertama di Sri Aman, diikuti Serian, Kapit, Sarikei, Miri, Kuching dan UTC Kuching.

Program tersebut akan diteruskan di Dewan Suarah Bintulu pada minggu depan dan akan berakhir di Siburan, Kuching. Karnival itu merupakan anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak di bawah Kementerian Sumber Manusia.

DAFTAR: Para pencari kerja melakukan pendaftaran secara dalam talian.

MANFAAT PELUANG: Para pencari kerja mengisi borang permohonan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.