Minggu Usahawan Muda di Pustaka Miri sarat aktiviti

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Pelbagai aktiviti mengisi Minggu Usahawan Muda di Pustaka Miri bermula 15 hingga 21 Oktober ini.

Antaranya, bengkel memasak untuk industri kampung, kaunter nasihat perniagaan, ceramah keusahawanan serta jualan produk.

Aktiviti ini memberi peluang kepada usahawan muda mempromosikan produk dan menghimpun modal insan yang kreatif dan inovatif dalam membangun dan mempelbagaikan produk perniagaan.

Ia juga diharap dapat memperkukuh kemahiran komunikasi dengan pelanggan dalam perniagaan yang beroperasi dengan rangkaian yang luas.

Selain itu, menambah pengetahuan usahawan muda tentang kerumitan perniagaan dan memperkukuh hubungan serta bertukar idea di kalangan usahawan muda.

T i a d a b a y a r a n dikenakan kepada mereka yang mahu terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan.

U s a h a w a n m u d a , Roydy Ismail dijemput untuk mengendalikan bicara usahawan dan berkongsi pengalaman pada 17 Oktober.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 085422525, atau melalui emel kepada Lilian Baun Pulo ( lilianbp@ sarawak. gov. my) atau Abdul Aziz Kassim ( abdulak@ sarawak. gov. my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.