Lebih 500 pelajar SMK Agama Limbang teruja berkongsi ilmu dengan Ustaz Don

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LIMBANG: Lebih 500 pelajar sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limbang teruja dapat melihat lebih dekat pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal pada Program Bicara Kasih yang diadakan di sekolah itu, kelmarin.

Pengetua SMK Agama Limbang Ustaz Zaini Hasbollah berkata, program itu diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar dan warga pendidik sekolah tersebut untuk berkongsi ilmu berhubung pendidikan dan tanggungjawab anak dalam membina kecemerlangan keluarga.

Jelasnya, kehadiran pendakwah terkenal itu amat dinanti-nanti warga sekolahnya selain berkongsi ilmu keagamaan.

Beliau turut berterima kasih kepada Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang kerana memilih SMK Agama Limbang sebagai pusat Program Bicara Ilmu.

Antara inti pati ceramah beliau ialah bersyukur, sayang dengan orang sekeliling dan tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki.

Hadir sama Pegawai Dae- rah Limbang Superi Awang Said dan Pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Bahagian Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Selain Bicara Kasih, Ustaz Don juga mengadakan Ceramah Perdana di Masjid Jannatul Firdaus yang menarik kehadiran lebih 5,000 tetamu serta kuliah subuh di Masjid Baitul Iman.

BERKONGSI ILMU: Superi (duduk, lima kiri), Ustaz Don, Zaini bergambar bersama para tetamu dan warga SMK Agama Limbang selepas Program Bicara Kasih kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.