60 warga Tabika KEMAS LAKIL sertai acara zumba

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LIMBANG: Seramai 60 kanakkanak, guru dan ibu bapa Tabika KEMAS LAKIL A, B, C dan D menyertai aktiviti zumba sempena sambutan Hari Sukan Negara di sini, semalam.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tabika KEMAS LAKIL Ayatul Azmi Zaini berkata, aktiviti zumba boleh mendidik kanak-kanak tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat di peringkat awal.

Jelasnya, aktiviti sihat bermula dari peringkat awal amat penting selain menggalakkan mereka terlibat aktif bukan sahaja dalam aktiviti sekolah, malah aktiviti kesukanan.

“Penganjuran aktiviti zumba secara berterusan yang dijalankan juga secara tidak langsung mampu memupuk semangat perpaduan dan kerjasama utuh dalam kalan- gan warga Tabika KEMAS LAKIL,” katanya lagi.

Aktiviti zumba dikendalikan oleh jurulatih kecergasan Siti Nurul Farhani Pedi, 24, yang berjaya menarik minat kanak-kanak untuk samasama memeriahkan acara.

Turut hadir Pemaju Masyarakat KEMAS LAKIL A, B, C dan D Safiah Naim, Mariam Usut, Siti Ardila Pedi dan Anne Brahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.