30 murid, guru SK Agama Sri Aman lawat Kuching

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SRI AMAN: Seramai 30 murid tahun enam serta guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Sri Aman mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuching kelmarin.

Salah seorang guru sekolah berkenaan berkata, program lawatan itu merupakan aktiviti tahunan sekolah selepas murid tahun enam menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Katanya, rombongan tersebut melawat Petrosains di Dewan Suarah selain beberapa tempat menarik di sekitar bandar raya Kuching.

Rombongan turut diraikan pada majlis jamuan makan malam yang dihoskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri di kediamannya di Taman Sukma, Kuching malam kelmarin.

UNTUK ALBUM: Simoi (berdiri , tengah) bergambar bersama murid SK Agama Sri Aman pada majlis makan malam di kediamannya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.