Perbanyak aktiviti kemasyarakatan di PKD: Rina

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

MELAKA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berhasrat memperbanyak aktiviti kemasyarakatan dalam usaha menghidupkan kembali Pusat Komuniti Desa (PKD) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun berkata inisiatif itu juga perlu bagi memperkasa peranan wanita dan belia dalam usaha membantu meningkatkan penyertaan golongan berkenaan dalam bidang keusahawanan.

“Pernah juga sebelum ini kita lihat PKD seperti hidup segan, mati tak mahu.

Oleh itu, kita akan melaksanakan lebih banyak ak- tiviti kemasyarakatan bagi menyediakan kemudahan lebih efisien serta penggunaan sumber- sumber terutama peruntukan mengurus yang lebih optimum,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2018 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Terdahulu beliau mendahului senarai penerima Darjah Gemilang Seri Melaka membawa gelaran ‘Datuk Seri’ bersama empat lagi menteri kabinet iaitu Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad; Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Mereka adalah antara 419 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Rina berkata kementeriannya sedang melaksanakan rasionalisasi ke atas 196 Mini RTC secara berperingkat.

“Tiga RTC iaitu RTC Negeri Sembilan, RTC Sarawak (Sibuti dan Betong) diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk ditentukan hala tuju mengikut perancangan negeri masing-masing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.