Empat wanita Thailand tawar seks ditahan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

GEORGE TOWN: Berselindung di sebalik nama pusat urut, namun empat wanita warga Thailand yang bekerja di premis itu dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.

Jurucakap polis berkata bertindak hasil risikan dan intipan, sepasukan polis dari bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut melancarkan Op Noda dan menyerbu premis berkenaan.

“Semasa serbuan itu, ter- dapat empat wanita warga Thailand berusia 20-an di pusat urut itu dan siasatan awal mendapati mereka turut menjalankan aktiviti pelacuran di premis berkenaan.

“Pemeriksaan juga mendapati empat wanita itu tidak mempunyai dokumen perjalanan diri dan permit yang sah. Dalam operasi tersebut polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik pusat urut berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Katanya polis turut merampas kertas catatan, wang tunai, tuala, tisu lembap dan botol minyak urut dalam serbuan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah motosikal lain sebelum dia terlanggar belakang sebuah treler di Jalan Paboi, Nibong Tebal dekat sini malam kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.