Projek ICQ Padang Besar terlewat 25 peratus daripada jadual

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PADANG BESAR: Projek menaiktaraf Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar yang dijadual siap Jun ini, kini terlewat 25 peratus daripada jadual, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu kelewatan kerjakerja itu menyebabkan keselamatan di pintu sempadan terjejas dan mudah dibolosi.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Kerja Raya ( JKR) yang melaksanakan projek itu telah mengarahkan kontraktor melipatgandakan pem- binaan supaya siap mengikut jadual. Sehingga kini cuma 55 peratus projek itu telah disiapkan.

Kontraktor juga telah diberi amaran dan saya berharap projek yang menelan kos RM13 juta ini dapat disiapkan mengikut jadual pada Jun tahun hadapan,” katanya kepada Bernama semasa ditemui selepas meninjau kemajuan pembinaan kompleks itu semalam. Setiausaha Bahagian Kanan (Pembangunan dan Perolehan) KDN Datuk Che Murad Sayang Ramjan mengiringi Mohd Azis melakukan tinjauan itu.

Projek itu membabitkan pembinaan sebuah bangunan baharu dua tingkat, menaik taraf bangunan sedia ada dan menambah dua lorong masuk dari Malaysia ke Thailand menjadikan empat lorong manakala lorong keluar dari Thailand ke Malaysia ditambah satu lorong menjadi tiga lorong.

Mengenai Zon Aliran Bebas di Wang Kelian yang ditutup pada 2015, beliau berkata KDN telah menerima permohonan kerajaan negeri supaya kemudahan itu diadakan semula dan perkara itu masih dalam pertimbangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.