SPR bidas pihak masih pertikai kelayakan Anwar bebrtanding

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas pihak yang terus mempertikaikan kelayakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata pihaknya sudah mengulas perkara itu berulang kali dan sekiranya siasatan tentang dakwaan itu ingin dibuat, ia perlu mengambil masa yang agak panjang.

Beliau berkata SPR menerima kertas pencalonan dan surat pengampunan daripada Anwar dan pihaknya menerima surat berkenaan.

“Kalau kamu tidak puas hati pergi ke mahkamah, saya biarkan mahkamah menentukannya dan itu fungsi kami.

“Mereka ini perlu faham bahawa tempoh pencalonan cuma sejam sahaja, kalau kita perlu menyiasat kebelakang ia perlukan masa dua, tiga bulan atau mungkin setahun... perlu pergi mahkamah dahulu dan tanya hakim dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson di sini, semalam.

Azhar mengulas kenyataan PAS melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mempertikai kelayakan Anwar bertanding atas alasan tidak mendapat pengampunan bebas daripada Yang di-Pertuan Agong.

Tambahnya, Takiyuddin yang juga merupakan sahabatnya itu adalah seorang peguam dan beliau seharusnya tahu tafsiran undang-undang dalam perkara ini.

Pada 28 Sept lepas, Noraziah Mohd Sharif, 38, mengemukakan tindakan undang-undang melalui sistem pendaftaran e- filing bagi memohon perisytiharan Anwar tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen.

Saman pemula itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Raja Riza & Associates, dengan menamakan Anwar dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan sebagai responden pertama dan kedua.

Pada 8 Okt lepas, Anwar memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bagi menuntut perisytiharan bahawa beliau tidak berhak untuk bertanding di mana-mana kerusi parlimen sehingga tempoh hilang kelayakannya tamat disebabkan status pengampunannya yang dipertikaikan.

PRK Port Dickson men- yaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan Anwar yang mewakili Pakatan Harapan, calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan. — Bernama

— Gambar Bernama

TINJAU: Azhar (tengah) meninjau pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen P132 Port Dickson di Sekolah Kebangsaan Port Dickson dekat Port Dickson, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.