Sambutan HSN 2018 Peringkat IPD Padawan meriah

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

KUCHING: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2018 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di sini berlangsung dengan meriah dan jayanya semalam.

Program tersebut diadakan dari jam 8 hingga 11 pagi disertai 140 warga IPD Padawan terdiri daripada 18 pegawai kanan, 112 pegawai rendah Polis dan 10 pegawai awam.

Majlis pelancaran program tersebut diadakan di pekarangan IPD Padawan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa.

Program tersebut bagi memupuk minat aktiviti bersukan mencapai misi negara iaitu menjadi sebuah negara bersukan.

Selain menyemai minat dan mengasah bakat-bakat dalam sukan serta memupuk gaya hidup sihat sekali gus mengelak terkena penyakit kronik.

LANCAR: Merbin (lapan kiri) bersama peserta program tersebut pada majlis pelancaran di IPD Padawan, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.