Hujan lebat merencatkan kemeriahan program HSN 2018 disambut di SK Saka

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

BETONG: Hujan lebat merencatkan kemeriahan program Hari Sukan Negara (HSN) 2018 disambut di Sekolah Kebangsaan (SK) Saka di sini semalam meskipun banyak aktiviti dirancang dilaksanakan.

Guru Besarnya, Abang Willington Godam memberitahu program merentas desa menjadi aktiviti utama selain beberapa aktiviti luar tidak dapat djalankan.

“Sambutan warga sekolah dalam pelbagai aktiviti amat baik meskipun diadakan pada Sabtu kerana menyambut baik penganjuran program HSN tahun ini.

“Kita juga terpaksa menangguhkan acara merentas desa yang dirancangkan bersama murid-murid sekolah di sini sempena HSN,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, beberapa aktiviti lain turut diadakan iaitu senamrobik dan sukaneka disertai warga SK Saka dan murid-murid.

“Walaupun kita tidak dapat melaksanakan aktiviti utama tetapi berkat kerjasama guruguru dan kakitangan aktiviti sukan yang menarik minat murid-murid menyertainya.

“Selain menyeronokkan aktiviti diadakan dapat mendidik murid-murid bekerjasama melaksanakan sesuatu perkara,” katanya.

TURUT SERTA: Abang Willington mengikuti acara senamrobik pada program HSN 2018 di SK Saka, Betong semalam.

HEBAT: Peserta menyertai senamrobik pada sambutan HSN 2018 di SK Saka, Betong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.