Henry jurulatih baharu Monaco

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

PARIS: Bekas bintang Arsenal, Thierry Henry, tidak lama lagi akan diumumkan sebagai jurulatih baharu Monaco, kata laporan kelmarin ketika warga Perancis itu melengkapkan hari kerja terakhirnya sebagai penolong kepada jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

Henry menjadi calon pilihan untuk menggantikan Leonardo Jardim selepas Jardim dipecat pada pertengahan minggu ekoran beberapa keputusan buruk yang menyaksikan Monaco menduduki tempat ke-18 dalam Ligue 1 Perancis.

Ketika Henry berdiri di tepi padang sewaktu perlawanan Belgium menentang Switzerland dalam Liga Negara-Negara kelmarin, laman sesawang L’Equipe menyebut pemenang Piala Dunia 1998 itu “sudah menyetujui” kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu dan akan diperkenalkan selepas hujung minggu ini. — AFP

SUKANEKA: Antara aktiviti sukaneka yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.