Pasukan Taekwondo Sebauh mencatatkan rekod cemerlang

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

BINTULU: Pasukan Taekwondo Sebauh mencatatkan rekod kecemerlangan apabila tiga pesertanya berjaya membawa pulang satu emas dan dua perak pada Kejohanan Seni Bela Diri Taekwondo Peringkat Kebangsaan Sekolah- sekolah Zon Malaysia Timur (MTA) Ke-6 dan Jemputan Labuan ke-16 di Labuan.

Kejohanan diadakan di Dewan Serba Guna Perbadanan Labuan itu menyaksikan Anderson Richie memenangi pingat emas dalam kategori Fin Male 10-12 years old dan dua perak masing- masing disumbangkan Mcgibson Tahir, kategori Feather Male 13-16 years old dan Beremas Umang kategori Fin Female 10-12 years old.

Jurulatihnya, Bakil Bandang mengakui pencapaian itu merupakan satu kejayaan yang membanggakan sebagai penutup kejohanan 2018 buat pasukan Taekwondo Sebauh di sini.

“Kejayaan pasukan Taekwondo Sebauh di bawah kendalian saya memberi keyakinan buat saya bahawa seni mempertahankan diri semakin mendapat tempat kalangan pelajar dan belia di Bintulu khususnya di kawasan pedalaman.

“Pada masa sama, kejayaan pasukan Taekwondo Sebauh memberi sinar baharu buat penggemar sukan ini di Sebauh,” katanya.

Menurut Bakil, mereka dapat bergerak lebih jauh dalam sukan tersebut suatu hari nanti khususnya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

BAKAT MENYINAR: Anderson (kiri), Mggibson dan Beremas menerima hadiah kemenangan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.