30 pasukan berentap pada Karnival Futsal MiriFM hari ini

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

MIRI: Sebanyak 20 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita bakal berentap pada Karnival Futsal MiriFM anjuran MiriFM yang menyingkap tirainya hari ini (Ahad).

Jurucakap penganjur, Mahathir Morshidi berkata cabutan undi dibuat di Bangunan Penyiaran RTM Miri semalam membabitkan penyertaan keseluruhan 30 pasukan.

Katanya, kejohanan ini adalah anjuran bersama Kingsport Miri, Fox Sports & Figos 2018 dan diadakan di Gelanggang Futsal Kingsport Miri.

“Pertandingan diadakan sehari itu dijalankan secara liga berkumpulan lelaki dan wanita,” katanya di sini semalam.

Juara kategori lelaki bakal menerima hadiah wang tunai RM1,200, piala pusingan, piala dan hadiah iringan manakala naib juara dan tempat ketiga membawa pulang RM750 dan RM500 bersama piala dan hadiah iringan.

Tempat keempat menerima RM250 ( hadiah iringan) sementara tempat kelima hingga kelapan menerima hamper.

Bagi kategori wanita, juara membawa pulang hadiah wang tunai RM800, piala pusingan, piala dan hadiah iringan sementara naib juara membawa pulang RM600, piala dan hadiah iringan.

Tempat ketiga bakal menerima RM400,piala dan hadiah iringan sementara tempat keempat menerima RM200 serta hadiah iringan.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin dijangkan melakukan sepak mula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.