Kejohanan Futsal BBSB Edisi Ke-8 pada 1 hingga 4 Nov

Utusan Borneo (Sarawak) - - Sukan -

BINTULU: Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) merupakan anak syarikat Bintulu Port Holdings Berhad ( BPHB) menganjurkan Kejohanan Futsal BBSB Edisi Ke- 8 2018 pada 1 hingga 4 November depan di Stadium Muhibah Bintulu.

Pertandingan itu akan berlangsung jam 7 hingga 11 malam pada 1 November dan jam 8 pagi hingga 11 malam pada 2 hingga 4 November di stadium terbabit.

Penyertaan hanya terhad kepada 40 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita berumur 13 tahun ke atas.

Yuran kemasukan untuk setiap pasukan lelaki ditetapkan RM400 dan untuk wanita ( RM250).

Hadiah yang ditawarkan untuk juara, naib juara, tempat ketiga dan keempat kategori lelaki berjum- lah RM8,000, RM4,500, RM3,000 dan RM1,500.

Manakala juara, naib juara, tempat ketiga dan keempat kategori wanita ialah RM3,500, RM2,000, RM1,000 dan RM500.

Keterangan lanjut sila hubungi Mohd Ilyasa Saffee di talian 016- 7971715 atau Mohd Aziat Mohd Farzan ( 016- 8984218).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.