Dr Abdul Rahman lawat lokasi kebakaran di SMK Medamit

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LIMBANG: Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail meluangkan masa melawat sekolah menengah luar bandar SMK Medamit semalam selepas sekolah itu terlibat kebakaran malam Khamis lalu.

Pada pertemuan itu, beliau turut meluahkan perasaan simpati dan memberi katakata semangat termasuk meninjau kerosakan dalam kebakaran itu.

Katanya, beliau melihat keperluan bagi membantu meringankan beban warga sekolah itu berdepan musibah ketika 92 orang pelajarnya menghadapi SPM Selasa ini.

Kebakaran berlaku jam 12.28 tengah malam meranapkan empat pejabat di tingkat satu Pejabat Pentadbiran SMK Medamit.

Hasil siasatan awal kebakaran dipercayai berpunca percikan api wayar di bahagian tiang pejabat kaunseling dan merebak ke pejabat lain.

SMK Medamit mempunyai seramai 594 pelajar kebanyakan dari kawasan pedalaman dan luar bandar.

Turut sama Pegawai Daerah Limbang, Superi Awang Said dan Pengetua SMK Medamit, Raja Manikam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.