Dua lelaki dicekup miliki senjata bahaya

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah lampau ditahan polis kerana didapati memiliki senjata bahaya.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kedua- dua lelaki berumur 32 dan 26 tahun itu ditahan ketika menaiki motosikal di kawasan perumahan Jalan Meludam Utara di sini sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

Katanya, dua anggota bit dari Balai Polis Lanang yang membuat rondaan di tempat kejadian terserempak dengan dua suspek menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas diarah berhenti, polis bertindak membuat pemeriksaan dan menjumpai sebilah pisau buatan sendiri dalam bakul motosikal dan mereka gagal memberi alasan munasabah apabila ditanya mengenai pisau itu,” jelasnya.

Katanya, polis kemudian bertindak merampas pisau terbabit.

“Semakan mendapati suspek berumur 26 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai 10 rekod jenayah lampau termasuk ragut dan curi,” katanya.

Stanley memberitahu kedua- dua suspek direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 7( 1)( a) Akta Bahan- bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya ( ABKSBL) 1958.

Kesalahan dilakukan mengikut seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun.

BAWA PISAU: Dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau ditahan polis petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.