Larian KLT capai sasaran RM15,000 untuk Pertubuhan Parkinson Sibu

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SIBU: Larian Amal Kolej Laila Taib ( KLT) 2018 semalam berjaya mencapai sasaran dana RM15,000 untuk Pertubuhan Parkinson Sibu.

Seramai 700 peserta men- gambil bahagian dalam larian yang berlangsung di kampus KLT, Persiaran Brooke seawal jam 6.30 pagi.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KLT Eric Wong.

Larian itu dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori lelaki dan wanita terbuka untuk larian 13 kilometer dan ‘fun run’ untuk larian enam kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.