Pelbagai pengisian pada Minggu Bahasa di PPKS dan i-CATS Miri

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) dan Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak ( i- CATS) ambil langkah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan penganjuran Minggu Bahasa di sini, baru-baru ini.

Penyelaras Program Noraini Sahaini berkata, program anjuran Unit Mata Pelajaran Umum (MPU) itu mendapat sokongan menggalakkan daripada para pelajar dan kakitangan kolej.

“Melalui program yang dijalankan akan dapat meningkatkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap bahasa, sastera dan budaya Melayu.

“Secara tidak langsung juga, dalam program-program dianjurkan, kita boleh mencungkil bakat terpendam pelajar dan kakitangan,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata, ini merupakan julung kalinya kolej tersebut mengadakan Minggu Bahasa bertepatan dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Atas sambutan menggalakkan, kami merancang untuk menjadikannya aktiviti tahunan melihat kepada betapa pentingnya menerapkan budaya cinta terhadap bahasa Melayu kepada para pelajar.

“Diharap pada tahun depan, kita akan mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dalam Minggu Bahasa ini,” katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah pertandingan menulis sajak, nyanyian lagu melayu, silang kata dan bengkel ‘decoupage.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.