Simoi pengerusikan mesyuarat terakhir persediaan Pesta Lingga

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri mempengerusikan mesyuarat terakhir persediaan Pesta Lingga 2018 di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga di sini, pagi semalam.

Simoi ketika berucap ringkas pada mesyuarat berkenaan berkata, penyertaan bagi regata Pesta Lingga kali ini amat menggalakkan.

Menurutnya, sebanyak 19 pasukan dengan 132 perahu merangkumi keseluruhan 2,270 pekayuh telah mengesahkan penyertaan setakat ini.

“Dijangkakan 700 peserta iaitu pekayuh dari luar akan berkampung di Pekan Lingga bermula 15 November ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, pelbagai pertandingan akan diadakan dan pentas kebudayaan pada malam 17 November akan menampilkan artis terkenal dari Semenanjung Malaysia iaitu Aiman Tino dan Ziana Zain.

Manakala, artis terbilang Iban iaitu Linda Simai juga dijangka hadir bagi membuat persembahan pada malam itu nanti.

Simoi menambah, Raja Sungai Regata Lingga pada tahun ini akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 manakala tempat kedua dan ketiga masingmasing bakal menerima RM 3,000 dan RM2,000.

Pesta Lingga 2018 akan berlangsung selama tiga hari dari 16 hingga 18 November ini di Pekan Lingga.

Hadir sama Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh dan ketua- ketua jabatan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.