Bantuan bina, baiki rumah panjang usaha tingkat taraf hidup penduduk

Utusan Borneo (Sarawak) - - Berita Iban -

BINTULU: Bantuan disalurkan bagi membantu penduduk membina serta memperbaiki rumah panjang di bahagian ini adalah usaha murni kerajaan meningkatkan taraf kehidupan penduduk.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata peruntukan khususnya rumah-rumah panjang di Bintulu bagi memastikan pihak terbabit menyiapkan atau menaik taraf rumah panjang mereka demi keselesaan penduduknya.

“Bantuan kita salurkan merupakan usaha murni kerajaan memastikan penduduk luar bandar khususnya rumah panjang menikmati suasana tempat tinggal yang selesa,” katanya pada majlis ‘Ngentak Tiang’ rumah panjang baharu, Rumah Nyawai Ajau, Sungai Kenyalang, Seka- loh, Niah di sini semalam. Beliau meminta pihak berkaitan tidak menyalah tafsir peruntukan sebagai satu pendekatan membeli hati atau meraih undi rakyat, sebaliknya memastikan golongan terlibat dapat menjalani kehidupan lebih selesa dan sempurna.

Tiong turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas keputusan meneruskan projek pembangunan luar bandar di negeri ini yang ditarik balik oleh kerajaan persekutuan.

“Semuanya adalah bagi memastikan agenda pembangunan di negeri ini khususnya di Bintulu dapat diteruskan bagi menaik taraf kemudahan prasarana serta infrastruktur penduduk,” jelasnya.

RASMI: Tiong menyempurnakan majlis ‘Ngentak Tiang’ rumah panjang, Rumah Nyawai Ajau di Niah semalam.

SERONOK: Murid-murid dan guru-guru bersama Bolhi, Sinanawati (berdiri tengah)serta pengurusan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.