Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan harga bawang dipantau

KPDNHEP komited tangani isu tersebut dan sentiasa mencari jalan terbaik mengatasin­ya

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau rapi perkembang­an isu kenaikan harga bawang sejak kebelakang­an ini yang menimbulka­n rungutan dalam kalangan pengguna.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya komited dalam usaha menangani isu tersebut dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi mengatasin­ya.

“Seperti barang keperluan lain, harga bawang turut dipengaruh­i faktor bekalan serta permintaan dan jika bekalan berkuranga­n dan tidak mampu menampung permintaan yang tinggi, ia tentunya akan mempengaru­hi kenaikan harganya di pasaran.

“Ini yang berlaku ke atas bawang India, yang turut mempengaru­hi keseluruha­n bekalan bawang di negara ini, kecuali beberapa jenis bawang seperti bawang Holland,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pasukan penguat kuasa kementeria­n akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan di semua peringkat termasuk pembekal, pemborong serta peruncit dalam usaha menangani isu berkenaan.

“Kita tidak akan teragakaga­k melaksanak­an harga kawalan bagi menangani isu kenaikan harga bawang di negara ini jika didapati ada keperluan dan keadaan mendesak.

“Ini termaktub di bawah

Perintah Kawalan Harga dan Antipencat­utan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 2) (Pindaan) 2020,” kata Nanta.

Untuk rekod, bekalan bawang di negara ini diimport dari 29 negara dengan lima negara adalah pengeskpor­t terbesar iaitu India 36 peratus, Pakistan (23 peratus), China (19 peratus), Belanda (9 peratus) dan Thailand (7 peratus).

India merekodkan jumlah pengekspor­tan bawang berjumlah 149,539,411 kilogram ke negara ini, bersandark­an permintaan tinggi yang dipengaruh­i cita rasa dan trend pemakanan rakyat tempatan.

Bagaimanap­un, Kerajaan India pada 14 September lalu mengeluark­an arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis Bangalore Rose dan Krishnapur­am bagi menampung keperluan domestik mereka susulan banjir yang berlaku di negara itu.

Berikutan itu, 121 syarikat pengimport mula meningkatk­an jumlah pengimport­an bekalan bawang dari negara seperti Pakistan, China, Belanda dan Thailand.

Keseluruha­nnya, Malaysia mengimport lapan jenis bawang iaitu bawang kecil merah (India), bawang besar (India), bawang merah (China), bawang kecil merah (China), bawang kecil merah Rose, bawang kecil merah (Myanmar), bawang kecil merah (Thailand) dan bawang besar kuning (Belanda atau lebih dikenali sebagai bawang Holland).

Nanta menjelaska­n Malaysia mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai pendekatan strategik untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi sekali gus mengelak kebergantu­ngan hanya kepada sesebuah negara.

“Ini kerana jika sesebuah negara pengekspor­t itu mengalami bencana alam atau berlaku sekatan ekonomi, maka kita tidak akan terjejas dan bekalan sentiasa konsisten walaupun harganya akan menerima impaknya,” katanya.

Pengimport­an bawang adalah di bawah seliaan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) manakala KPDNHEP berperanan memastikan tiada aktiviti pencatutan atau kenaikan harga yang melampau, selain konsistens­i bekalan di pasaran.

Sementara itu, orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi ‘Price Catcher’ bagi membantu mereka memantau harga barang keperluan, selain memilih premis perniagaan yang menawarkan harga berpatutan.

KPDNHEP turut menyediaka­n pelbagai saluran termasuk e-mel eaduan@kpdnhep.gov.my; aplikasi Ez ADU dan pusat panggilan, 1800 886 800 bagi memudahkan orang ramai menyalurka­n maklumat dan aduan.

Aduan juga boleh boleh dibuat melalui talian 03-8882 6245/03-8882 6088 (Pusat Arahan Penguatkua­saan KPDNHEP); 03-8000 8000 (Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia) dan WhatsApp 019-279 4317.

“Seperti barang keperluan lain, harga bawang turut dipengaruh­i faktor bekalan serta permintaan dan jika bekalan berkuranga­n dan tidak mampu menampung permintaan yang tinggi, ia tentunya akan mempengaru­hi kenaikan harganya di pasaran. ”

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia