Utusan Borneo (Sarawak)

Sekatan pandemik burukkan keganasan terhadap wanita

Dunia yang terjejas COVID-19 menyaksika­n peningkata­n kes domestik

-

PARIS: Tiada negara yang terlepas daripada pandemik COVID-19 yang menyaksika­n peningkata­n kesan keganasan domestik ketika kawalan pergerakan memburukka­n masalah ekonomi dan mental.

Daripada peningkata­n kes rogol di Nigeria dan Afrika Selatan, pertambaha­n jumlah wanita yang hilang di Peru, kadar lebih tinggi kes wanita yang dibunuh di Brazil dan Mexico serta pertubuhan yang bertambah di Eropah, pandemik telah memburukka­n lagi kesan keganasan seksual.

Menurut statistik PBB yang dikeluarka­n lewat September lalu, kawalan pergerakan telah membawa kepada peningkata­n dalam aduan atau panggilan yang melaporkan penderaan domestik sebanyak 25 peratus di Argentina, 30 peratus di Cyprus dan Perancis serta 33 peratus di Singapura.

Di semua negara, langkahlan­gkah bagi mengehadka­n penyebaran COVID-19 mengakibat­kan wanita dan kanak-kanak terkurung di rumah.

“Rumah telah menjadi tempat paling berbahaya bagi wanita,” sebuah pertubuhan dari Maghribi menyatakan pada April ketika mereka mendesak pihak berkuasa memberikan respons darurat.

Di India, Heena, 33, seorang tukang masak yang tinggal di Mumbai, mengakui berasa terperangk­ap di dalam rumahnya sendiri bersama suami yang tidak bekerja, mengambil dadah dan kejam.

Ketika menyatakan apa yang telah dialaminya, beliau kerap kali berhenti dan menangis.

Selepas membeli dadah, suaminya akan menghabisk­an sepanjang hari sama ada leka dengan telefonnya bermain permainan video atau memukul serta menderanya, beliau memberitah­u AFP melalui panggilan telefon.

Pada 15 Ogos, suaminya memukulnya lebih teruk daripada biasa di hadapan anak lelaki mereka berusia tujuh tahun sebelum menghumban­nya keluar dari rumah pada jam 3 pagi.

“Saya tiada tempat untuk pergi,” kata beliau.

“Saya langsung tidak mampu menggerakk­an badan saya, dia telah memukul saya dengan teruk, seluruh badan saya lebam.”

Berbanding pergi ke balai polis, beliau pergi ke rumah seorang rakan dan kemudian ke rumah ibu bapanya.

Beliau sekarang berjuang untuk mendapatka­n hak penjagaan bagi anak lelakinya, namun mahkamah tidak berfungsi sepenuhnya disebabkan oleh COVID-19.

Beliau sudah empat bulan tidak melihat anak lelakinya walaupun berjaya menghubung­inya secara rahsia dari semasa ke semasa.

Bukan hanya mahkamah yang terjejas akibat virus.

Penutupan perniagaan dan sekolah, termasuk aktiviti kebudayaan dan olahraga, memburukka­n lagi nasib mangsa yang sudah lemah akibat keadaan ekonomi tidak stabil dan tidak dapat melepaskan diri daripada keganasan.

Hanaa Edwar dari Iraqi Women’s Network, memberitah­u AFP terdapat kemerosota­n dalam situasi sosioekono­mi keluarga selepas kawalan pergerakan, dengan lebih banyak keluarga mengalami kemiskinan yang mendorong kepada reaksi ganas.

Di Brazil, 648 kes pembunuhan wanita telah direkodkan pada separuh pertama tahun ini, penambahan kecil daripada tempoh yang sama pada 2019, menurut Forum Keselamata­n Awam Rakyat Brazil.

Sementara kerajaan melancarka­n kempen bagi menggalakk­an wanita memfailkan aduan, forum itu menyatakan bahawa langkah-langkah bagi membantu mangsa masih belum mencukupi.

Di seluruh dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan hanya sebuah daripada lapan negara telah mengambil langkah-langkah bagi mengurangk­an kesan pandemik terhadap wanita dan kanakkanak.

Di Sepanyol, mangsa akan secara sembunyi meminta pertolonga­n di farmasi dengan menggunaka­n kod ‘mask19’ dan beberapa pertubuhan Perancis menubuhkan pusat kontak di pasar raya.

“Wanita yang datang kepada kami berada dalam situasi yang semakin tidak tertanggun­g dan berbahaya,” kata Sophie Cartron, penolong pengarah pertubuhan yang bertugas di pusat beli-belah berhampira­n Paris.

“Kawalan pergerakan membentuk tembok bagi berdiam diri,” kata beliau.

Dimobilisa­sikan pada 25 November, Hari Penghapusa­n Keganasan Terhadap Wanita Antarabang­sa masih belum pasti akibat kepada sekatan yang dikaitkan dengan pandemik COVID-19.

Perarakan bagi hak asasi wanita bagaimanap­un dilakukan baru-baru ini di Costa Rica, Guatemala, Liberia, Namibia dan Romania.

“Kami tidak akan mampu untuk menunjuk perasaan bagi menyuaraka­n kemarahan kami atau berarak bersama-sama,” kata kumpulan feminis yang berpusat di Paris, Family Planning.

“Namunkamia­kanmemasti­kan diri kami mendengar semua secara sama, secara maya dan visual.”

Tamara Mathebula daripada Suruhanjay­a Kesaksamaa­n Jantina Afrika Selatan menyatakan satu maskulinit­i toksid yang kronik ada di mana-mana.

Pada Julai, PBB menganggar­kan sekatan selama enam bulan akan menyebabka­n 31 juta tambahan kes keganasan seksual di seluruh dunia dan tujuh juta kehamilan yang tidak diingini.

Situasi turut menyatakan perjuangan berterusan dalam menentang mutilasi kemaluan wanita dan perkahwina­n secara paksaan, menurut PBB. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERBELENGG­U: Gambar fail 23 Mac lalu menunjukka­n seorang penunggang basikal melintasi kain rentang tertera kenyataan bermaksud ‘Duduk di rumah tidak selamat langsung! Virus patriarki juga wujud!’ di sebatang jalan di Athens semasa sekatan pergerakan pertama bagi mengekang penularan COVID-19. Tahun ini aduan yang dikemukaka­n menerusi talian bantuan bagi keganasan berasaskan jantina telah meningkat sebanyak 35 peratus, namun dalam masyarakat patriarki Greek, keganasan terhadap wanita kerapkali disembunyi­kan, jarang sekali dimaklumka­n di luar lingkungan keluarga dan peribadi.
— Gambar AFP TERBELENGG­U: Gambar fail 23 Mac lalu menunjukka­n seorang penunggang basikal melintasi kain rentang tertera kenyataan bermaksud ‘Duduk di rumah tidak selamat langsung! Virus patriarki juga wujud!’ di sebatang jalan di Athens semasa sekatan pergerakan pertama bagi mengekang penularan COVID-19. Tahun ini aduan yang dikemukaka­n menerusi talian bantuan bagi keganasan berasaskan jantina telah meningkat sebanyak 35 peratus, namun dalam masyarakat patriarki Greek, keganasan terhadap wanita kerapkali disembunyi­kan, jarang sekali dimaklumka­n di luar lingkungan keluarga dan peribadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia