Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki didenda, dipenjara kerana bergaduh di balai polis

-

KUCHING: Dua lelaki ditangkap kerana bergaduh di hadapan balai polis dan menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas di Balai Polis Batu Kawa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata, pergaduhan itu berlaku pada 15 November lalu sekitar jam 10.45 malam melibatkan dua lelaki berusia 28 dan 36 tahun di hadapan balai tersebut.

“Kedua-dua suspek di bawah pengaruh alkhohol dan telah berlaku perselisih­an faham antara mereka dan kemudian datang ke balai polis dengan niat untuk menyelesai­kan masalah.

“Tetapi pergaduhan tercetus apabila tiba di hadapan balai yang mana dua anggota polis yang bertugas pada malam tersebut telah cuba meleraikan pergaduhan tetapi kedua-dua suspek tidak memberi kerjasama lalu menumbuk anggota polis tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, kekerasan minimum terpaksa digunakan semasa melaksanak­an tangkapan kerana kedua-dua suspek dalam keadaan agresif.

Tambah Aidil, keduadua suspek telah dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuching dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 serta penjara dua bulan bagi setiap tertuduh.

 ??  ?? PADAH: Kedua-dua suspek ditangkap kerana bergaduh dan menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.
PADAH: Kedua-dua suspek ditangkap kerana bergaduh dan menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia