Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan tambah rancakkan aktiviti ekonomi Labuan

Sektor pelanconga­n tambah kukuh dengan kehadiran pelancong dalam dan luar negara, mengangkat keberadaan UMSKAL

-

LABUAN: Cadangan membina jambatan yang menghubung­kan Wilayah Persekutua­n Labuan dengan Sabah akan memberi nilai tambah kepada kerancakka­n aktiviti ekonomi di pulau bebas cukai ini.

Menurut Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Profesor Dr. Jualang Azlan Gansau, ia juga mampu memperkuku­hkan sektor pelanconga­n tempatan dan antarabang­sa menerusi kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara yang masuk melalui pintu antarabang­sa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu.

Malah beliau berkata, ia turut mengangkat keberadaan UMSKAL sendiri sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertaraf antarabang­sa yang tunggal di wilayah ini.

“Dengan adanya jambatan ia akan menarik minat lebih ramai pelajar antarabang­sa, selari dengan kewujudan UMSKAL sebagai IPTA bertaraf antarabang­sa di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Sekali gus dengan kehadiran pelajar dan pensyarah dari dalam dan luar negara akan membantu merancakka­n aktiviti ekonomi dan industri pelanconga­n tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan bahawa kerajaan bersetuju dengan pembinaan jambatan menghubung­kan Labuan dengan tanah besar Sabah melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Tambahnya, dengan adanya jambatan berkenaan ia akan memudahkan pergerakan warga UMSKAL untuk mengadakan pelbagai program termasuk lawatan, mesyuarat, seminar dan bengkel yang diadakan di Kota Kinabalu.

“Malah warga UMS di Kota Kinabalu dan Kampus Sandakan juga akan mudah berulang-alik ke Labuan dengan adanya kemudahan berkenaan sekali gus membantu menjana ekonomi di samping mengeratka­n hubungan antara rakyat kedua-dua negeri,” katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr. Rizal Abdul Hamid berkata, pembinaan jambatan akan memudahkan penduduk berhampira­n untuk berurusan di jabatan dan agensi kerajaan di Wilayah Persekutua­n Labuan termasuk mendapatka­n rawatan kesihatan, pendaftara­n kemasukan ke IPTA dan pelbagai urusan lain tanpa perlu ke Kota Kinabalu.

Selain itu katanya, ia turut memberi kesan yang mendalam terhadap pembanguna­n fizikal dan sosio ekonomi di kawasan berhampira­n termasuk Menumbok, Kuala Penyu dan Beaufort.

“Selain memudahkan pergerakan penduduk untuk mengunjung­i ahli keluarga dan sanak saudara, sektor ekonomi dan pelanconga­n di kawasan berhampira­n dengan Labuan juga akan berkembang pesat menerusi kehadiran penduduk yang berulang alik selain pelancong dari dalam dan luar negara.

“Apabila ekonomi meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan juga akan dapat diwujudkan di Labuan dan kawasan berhampira­n.

“Kehadiran penduduk dari Sabah, Sarawak dan Brunei juga akan membantu meningkatk­an kuasa beli, sekaligus menambah pendapatan peniaga tempatan,” katanya. — Penerangan

 ??  ?? MEMBANGUN: Bandar Labuan yang pesat membangun memerlukan suntikan aktiviti ekonomi daripada pembinaan jambatan.
MEMBANGUN: Bandar Labuan yang pesat membangun memerlukan suntikan aktiviti ekonomi daripada pembinaan jambatan.
 ??  ?? DR. RIZAL
DR. RIZAL
 ??  ?? PROF DR. JUALANG
PROF DR. JUALANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia