Utusan Borneo (Sarawak)

Pewujudan Food Panda peluang anak muda jana pendapatan

-

RANAU: Pewujudan Food Panda di Sabah memberi peluang positif kepada anakanak muda menjana pendapatan lumayan jika diusaha secara bersungguh-sungguh.

Kepada mereka yang berminat terutama golongan belia yang terlibat penguranga­n pekerja berikutan pandemik COVID-19 di Sabah, boleh mencuba melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara dalam talian menerusi ‘Rider’ yang kini mulai diminati belia di Sabah.

Pengurus Foodpanda ‘Rider Captain’ (RC) Zon Ranau, anak kelahiran daerah Sandakan Mohammad Azmi Awang Puteh berkata, Food Panda memberi peluang kepada golongan belia menganggur atau yang terkesan dan terlibat penguranga­n pekerja akibat COVID-19 untuk menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung harap terhadap bantuan ibu bapa.

“Kita bercadang akan membuka peluang kepada Food Panda untuk membuka di kawasan Lohan dan Kundasang bermula tahun depan,” katanya.

Menurutnya, di Ranau kini lebih 45 ahli berdaftar sah sebagai Rider Champion (RC) Food Panda melaksanak­an penghantar­an pesanan yang diterima menerusi online daripada pelanggan menggunaka­n motosikal sekitar pekan Ranau.

Di Sabah katanya, kini sudah ada 10 daerah dengan vender dan rider beroperasi aktif iaitu, Labuan, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kota Marudu, Lahat Datu, Beaufort, Papar, Tuaran dan Ranau.

 ??  ?? KENANGAN: Para ahli Food Panda Ranau merakam gambar selepas beroperasi mengambil pesanan secara dalam talian daripada pelanggan.
KENANGAN: Para ahli Food Panda Ranau merakam gambar selepas beroperasi mengambil pesanan secara dalam talian daripada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia