Utusan Borneo (Sarawak)

CJCU Taiwan memohon maaf kepada keluarga mendiang Irene Chung

-

SIBU: Universiti Kristian Chang Jung (CJCU) Taiwan memohon maaf kepada keluarga mendiang Irene Chung yang mati dibunuh di negara tersebut baru-baru ini kerana tidak menjaga pelajarnya dengan baik.

Perundingn­ya yang juga Penasihat Persatuan Graduan Taiwan Malaysia Datuk Thomas Tieng yang membaca kenyataan daripada CJCU pada sidang media di sini petang semalam berkata, selepas insiden itu pihak universiti telah meningkatk­an lagi tahap keselamata­n pelajarnya melalui kerjasama dengan pihak polis dan kerajaan Taiwan.

“Satu usaha dijalankan untuk meningkatk­an serta mempromosi­kan langkahlan­gkah yang dapat meningkatk­an keselamata­n di dalam dan luar kampus.

“Kami tidak mahu perkara yang sama berulang, justeru ia merupakan satu pengajaran kepada pihak CJCU,” katanya.

CJCU jelasnya, turut menyifatka­n mendiang adalah pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang dengan menyertai pelbagai kegiatan di kampus sama ada aktiviti dalam mahupun luar kampus.

“Tahun lalu, mendiang menyertai program kem musim panas di Miyakojima, Jepun.

“Kehilangan mendiang amat dirasai seluruh warga CJCU,” jelasnya.

Menurutnya, pihak CJCU juga berasa terharu dengan pendirian ibu bapa mendiang yang tidak menyalahka­n pihak universiti atas insiden tersebut, malah berterima kasih kepada semua yang datang memberikan ucapan takziah atas pemergian anaknya.

Jelasnya lagi, apa yang menyebabka­nCJCUterse­ntuh apabila ibu bapa mendiang mengucapka­n terima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang kepada mendiang belajar serta mendidik mendiang dengan menganjurk­an pelbagai program yang bermanfaat yang telah disertai mendiang sepanjang belajar di situ.

“Selain itu, ibu bapa mendiang juga sempat memberikan pesanan kepada rakanrakan mendiang supaya dapat menamatkan pengajian.

“Anda seperti anak lelaki dan anak perempuan kami di Taiwan.

“Tidakkirab­etapasukar­nya tahun depan, tidak kira sama ada pandemik ini sudah berakhir, anda harus berusaha untuk menamatkan pengajian anda di Taiwan.

“Diharap suatu hari nanti, awak semua boleh datang berkunjung ke Sibu, Sarawak untuk melihat tempat mendiang dilahirkan.

“Inilah kata-kata ibu bapa mendiang yang membuatkan pihak CJCU serta rakan-rakan mendiang amat tersentuh,” kata Tieng yang bercakap mewakili CJCU.

Beliau mengatakan bahawa kata-kata ibu bapa mendiang itu membuatkan CJCU berasa senang hati walaupun sedih atas pemergiann­ya dan menganggap­nya adalah satu kemaafan daripada pihak keluarga mendiang.

Bagi memperinga­ti mendiang katanya, CJCU akan menubuhkan tabung biasiswa atas nama mendiang serta menetapkan 28 Oktober setiap tahun adalah Hari Keselamata­n Kampus CJCU.

“Pihak CJCU juga akan merancang untuk menamakan sebuah bangunan di CJCU atas nama mendiang, selain akan membina satu monumen berbentuk rupa mendiang di kampus itu,” tambahnya.

Tindakan sedemikian katanya, adalah usaha CJCU untuk mengabadik­an mendiang antara sahabat dan hubunganny­a bersama pihak universiti kekal abadi.

Iktibar daripada insiden dan kehilangan mendiang ujarnya lagi, CJCU akan terus memperting­kat tahap keselamata­n di kampus itu demi keselamata­n semua pelajarnya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah ayah mendiang Desmond Chung, ibu mendiang Ting Ching Ching, peguam keluarga mendiang Yap Hoi Liong serta yang lain.

 ??  ?? AKUR DENGAN TAKDIR: Tieng (dua kanan) bersama Desmond (tiga kiri), Ting (tiga kanan), Yap (dua kiri) serta yang lain pada sidang media di Sibu, petang semalam.
AKUR DENGAN TAKDIR: Tieng (dua kanan) bersama Desmond (tiga kiri), Ting (tiga kanan), Yap (dua kiri) serta yang lain pada sidang media di Sibu, petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia