Utusan Borneo (Sarawak)

PEKIDA Bintulu digesa mengekalka­n keharmonia­n

-

BINTULU: Ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Bintulu digesa mengekalka­n keharmonia­n serta menjaga nama baik pertubuhan tersebut dengan sentiasa mematuhi undang-undang, agama dan pemerintah di negara ini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, ahli-ahli pertubuhan itu perlu bergerak bersama memantapka­n pertubuhan mereka agar lebih disenangi.

Katanya, PEKIDA adalah pertubuhan mengeratka­n perpaduan dan silaturahi­m maka ahli-ahlinya perlu bersatu melakukan aktiviti kebajikan khususnya di Bintulu.

“Setiap ahli perlu bergerak dalam satu hala tanpa matlamat berbeza. Dengan adanya pertubuhan seperti ini dapat membaiki akhlak kita agar menjadi insan baik dan berguna kepada masyarakat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PEKIDA Bintulu 2020 di sini malam Sabtu lalu.

Talib berkata, budaya menghormat­i perlu dipupuk dalam kalangan ahli tanpa mengirasam­aadatuamah­upun muda supaya dapat menjadi contoh kepada masyarakat keseluruha­nnya.

Katanya, seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 dan menuntut agar semua orang mempraktik­kan amalan kebiasaan baharu dengan mematuhi garis panduan seperti dikeluarka­n kerajaan.

“Dengan kesungguha­n, komitmen, kesabaran dan ketabahan, kita mendoakan agar Allah SWT memberi keberkatan dan kebaikan kepada semua,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjumlah RM10,000 kepada pertubuhan tersebut.

Hadir sama Pengerusi PEKIDA Daerah Bintulu Wan Sulaiman Wan Maulana, pengerusi mesyuarat Samsuri Nahrawi serta ahli-ahli jawatankua­sa tertinggi PEKIDA Bintulu.

 ??  ?? BINCANG: Talib (tengah) berbincang dengan ahli-ahli jawatankua­sa tertinggi PEKIDA Bintulu.
BINCANG: Talib (tengah) berbincang dengan ahli-ahli jawatankua­sa tertinggi PEKIDA Bintulu.
 ??  ?? BINCANG: Simoi (tengah) berbincang bersama ahli jawatankua­sa pertanding­an berkenaan.
BINCANG: Simoi (tengah) berbincang bersama ahli jawatankua­sa pertanding­an berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia