Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM kerja keras bangunkan komuniti berkemahir­an digital

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk membangunk­an komuniti yang berkemahir­an digital, menjadi digital native dan berinterak­si secara digital, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata ini kerana, aspek berkenaan merupakan sumber tenaga bagi kemajuan negara dan untuk berdaya saing dengan negara-negara lain pada hari ini dan masa depan, khususnya dalam konteks kemajuan industri pada masa depan.

“Dalam hal ini, di samping perlu disegeraka­n penyempurn­aan kesalinghu­bungan internet dan kemampuan komuniti daripada segi pemilikan peranti yang sesuai, komuniti juga perlu diperkasa daripada segi migrasinya ke dunia digital, penguasaan teknologi terkini dan kesedarann­ya terhadap disinforma­tion (maklumat palsu), keselamata­n siber dan keanggotaa­n yang positif dalam pelbagai bentuk komuniti digital.

“KKMM berperanan membina ekosistem komuniti digital dengan mempercepa­tkan migrasi ke dunia digital bagi mereka yang belum menceburin­ya, meningkatk­an kemahiran digital bagi mereka yang telah menceburin­ya dan meningkatk­an lagi pencapaian digital bagi mereka yang telah memiliki kemahiran,” katanya dalam catatan di akaun Facebook miliknya.

Beliau berkata KKMM juga berperanan untuk melonjakka­n dengan sepenuhnya bakat-bakat tempatan, melaksanak­an program ‘Masyarakat Pintar’ dalam kalangan komuniti akar umbi, menyedarka­n komuniti tentang maklumat palsu dan keselamata­n siber serta mengaktifk­an keanggotaa­n dalam Komuniti Digital.

Dalam konteks itu, KKMM akan mengoptimu­mkan penggunaan 1,101 buah Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terdapat di setiap daerah di seluruh negara.

“Di samping itu, kita juga akan mengakarum­bikan peranan agensi-agensi KKMMsepert­iSuruhanja­ya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC dan Cyber Security Malaysia (CSM)... semoga kita dapat membangunk­an Komuniti Setempat dan Komuniti Digital dengan seiring dan harmoni,” katanya.

Menurut beliau, Komuniti Setempat adalah mereka yang tinggal, bekerja dan sebagainya, secara fizikal di sesuatu kawasan, manakala, Komuniti Digital adalah mereka yang berada secara fizikal dan digital di sesuatu kawasan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia