Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool menyerlah meskipun berdepan krisis kecederaan

Skuad Klopp menang 3-0 ke atas Leicester, berkongsi mata dengan Tottenham di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris

-

“Bermain menentang Leicester malam ini, saya tidak mengambil sikap mudah”. “Pemain benar-benar bersemanga­t. ”

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool

LONDON: Liverpool menangani krisis kecederaan untuk berkongsi mata dengan Tottenham Hotspur di singgahsan­a Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0 ke atas Leicester City sementara Arsenal berjaya bertahan dengan kurang seorang pemain untuk seri tanpa jaringan di Leeds United pada Ahad.

Liverpool beraksi tanpa Virgil van Dijk, Joe Gomez, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Xherdan Shaqiri dan Alex Oxlade-Chamberlai­n kerana kecederaan sementara penyerang utama, Mohamed Salah tidak dapat beraksi selepas diuji positif untuk koronaviru­s (COVID19).

Namun, skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih kuat untuk menewaskan lawan yang menduduki tangga teratas liga sebelum jadual perlawanan hujung minggu.

Leicester menyukarka­n diri mereka sendiri apabila Jonny Evans tertolak tendangan sudut James Milner ke pintu golnya sendiri untuk meletakkan Liverpool di hadapan.

Diogo Jota kemudian menjadi pemain pertama Liverpool yang menjaringk­an gol pada semua empat perlawanan di tempat sendiri apabila menanduk hantaran lintang Andy Robertson.

Hanya ketangkasa­n penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel dan palang gol menghalang Liverpool mengulangi kemenangan 4-0 seperti pada pertemuan terakhir bulan Disember tahun lepas.

Tetapi Robert Firmino melengkapk­an jaringan dengan menanduk satu lagi tendangan sudut Milner enam minit sebelum tamat permainan.

“Bermain menentang Leicester malam ini, saya tidak mengambil sikap mudah,” kata Klopp. “Pemain benar-benar bersemanga­t.”

Liverpool kini mencipta rekod baharu kelab apabila mengharung­i 64 perlawanan liga tanpa kalah di Anfield.

Kekalahan Leicester bermakna Arsenal hanya kurang lima mata dari empat tangga teratas liga namun pengurusny­a, Mikel Arteta, berang dengan masalah disiplin Nicolas Pepe ketika Arsenal bernasib baik pulang dengan sukar.” satu mata.

“Ia tidak boleh diterima,” kata Arteta selepas pasukannya hanya menang sekali dari lima perlawanan liga terakhir.

“Dengan 10 pemain, ia kelebihan besar kepada lawan. Saya benar-benar menyukai personalit­i pasukan apabila Pepe mengecewak­an mereka, bagaimana kami mengekalka­n tugas kami. Sememangny­a ia (penyingkir­an Pepe) menjadikan keadaan sangat

Leeds berada di tangga ke-14 selepas perlawanan ketiga berturut-turut tanpa menang tetapi skuad kendalian Marcelo Bielsa pastinya terkilan dengan nasib malang mereka kerana gagal meraih kemenangan selepas cubaan Rodrigo, Patrick Bamford dan Raphinha terkena palang pada minit akhir permainan.

Kapten Arsenal, PierreEmer­ick Aubameyang, diberi tugas sebagai penyerang tengah tetapi beliau gagal memberikan sebarang impak walaupun sebelum Pepe dibuang padang.

Gol penalti Aubameyang ketika menewaskan Manchester United 1-0 bulan lepas adalah satu-satu gol yang dijaringka­n Arsenal untuk hampir 500 minit dalam liga setakat ini. Pada perlawanan

lain,

Everton bangkit dari tiga kekalahan berturuttu­rut untuk menewaskan Everton 3-2, dibantu dengan dua gol Dominic CalvertLew­in.

Carlvert-Lewin kini mendahului carta penjaring gol liga terbanyak sementara satu lagi gol Everton dijaringka­n

Abdoulaye Doucoure.

Bobby Decordova-Reid mengikat kedudukan 1-1 buat Fulham tetapi nasib malang sepakan penalti berterusan apabila pemain ketiga musim ini gagal menyempurn­akan penalti selepas tendangan Ivan Cavaleiro melambung tinggi.

Ruben Loftus-Cheek menjaringk­an gol kedua Fulham ketika berbaki 20 minit permainan tetapi Everton berjaya bertahan untuk kemenangan pertama dari lima perlawanan liga dan naik ke tangga keenam liga.

“Apa yang paling penting pada perlawanan ini ialah kembali meraih kemenangan,” kata pengurus Everton, Carlo Ancelotti.

“Kami hilang tenaga dalam separuh masa kedua, pemain keletihan. Saya menukar pemain untuk meningkatk­an tahap kecergasan pasukan tetapi kami terpaksa bertahan sehingga ke akhirnya.”

Fulham kekal satu tangga di atas zon penyingkir­an selepas kekalahan ketiga dari empat perlawanan.

Di tangga tercorot, Sheffield United masih memburu kemenangan pertamamer­ekamusim ini selepas tewas 0-1 kepada

West

Ham United di tempat sendiri. — AFP

 ??  ?? JOTA
JOTA
 ?? — Gambar AFP ?? LEDAK: Firmino menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Leicester City di Anfield di Liverpool, England, kelmarin.
— Gambar AFP LEDAK: Firmino menjaringk­an gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Leicester City di Anfield di Liverpool, England, kelmarin.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia