Utusan Borneo (Sarawak)

Pengendali judi siber haram didenda RM3,500

-

SIBU: Mahkamah Majistret di sini semalam menjatuhka­n hukuman denda RM3,500 atau dua bulan penjara terhadap seorang pemuda yang disabitkan bersalah mengendali­kan perjudian siber haram.

Tie Shin Hong, 23, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Syukri Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, Tie didakwa menyediaka­n khidmat perjudian secara dalam talian tanpa pendaftara­n dan lesen yang sah di sebuah premis di Lorong Ding Lik Kong 11 pada 6 April, 2015 kira-kira jam 11.10 malam.

Bagi pertuduhan itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1)(B) Ordinan Hiburan 2000 dan dihukum mengikut Seksyen 5(3) Ordinan yang sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, sepasukan anggota polis telah menyerbu sebuah premis di Lorong Ding Lik Kong 11 pada 6 April, 2015 kira-kira jam 11.10 malam.

Setelah memperkena­lkan diri kepada kakitangan premis iaitu tertuduh, pihak polis turut menjumpai 15 set komputer di dalam bilik dan satu set komputer di kaunter.

Tertuduh bersama seorang pelanggan yang sedang bermain komputer dan tiga pengunjung lain telah ditahan bagi membantu siasatan.

Pengesahan daripada Majlis Perbandara­n Sibu juga mendapati premis terbabit beroperasi tanpa lesen yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia