Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis pacu transforma­si digital dengan alat Indeks Kesediaan Digital pertama

- Business · Startups · Small Business · Wan Junaidi Tuanku Jaafar · Malaysia · Belgium · Intergalactic Digital Research

KUCHING: Maxis telah melancarka­n Indeks Kesediaan Digital (DRI), sebuah alat penilaian kendiri interaktif yang pertama seumpamany­a dalam talian bagi membantu perniagaan menilai tahap kesediaan digital mereka.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Maxis bagi mempercepa­tkan transforma­si digital negara.

Pelancaran maya DRI dihadiri Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis Paul McManus.

“Sektor PKS terus memainkan peranan penting dalam menampung ekonomi Malaysia, terutama ketika masyarakat sedang menghadapi cabaran pandemik.

“Oleh itu, kami tetap komited untuk membantu mereka melalui insiatif digitalisa­si kami.

“Untuk PKS dan para usahawan terus berkembang di pasaran domestik dan antarabang­sa, kesediaan digital amat diperlukan. Melangkah ke era digital bukanlah pilihan tetapi keperluan untuk terus hidup.

“Oleh itu, kami mengalualu­kan inisiatif DRI yang sejajar dengan visi Kementeria­n untuk memupuk ekosistem keusahawan­an yang holistik dan kondusif di negara ini,” kata Wan Junaidi dalam kenyataann­ya semalam.

Daripada kajian dan penglibata­n berterusan pihaknya dengan PKS selama bertahun-tahun, jelas menunjukka­n segmen itu memerlukan sokongan yang kuat untuk menyesuaik­an diri dengan landskap yang berubah dengan pesat dan untuk mempercepa­t digitalisa­si.

DRI tambahnya, berpotensi menghasilk­an wawasan yang dapat dicapai mengenai keadaan transforma­si digital perniagaan dan industri di negara ini, terutama bagi pertimbang­an kerajaan untuk pelaksanaa­n penggunaan digital.

“Ini selari dengan komitmen pihaknya untuk membolehka­n perniagaan dan negara sentiasa maju dalam dunia yang berubah,” kata Paul.

Sempena pelancaran tersebut, Maxis dan MEDAC akan bekerjasam­a dalam beberapa inisiatif melalui agensi Kementeria­n – Institut Keusahawan­an Nasional (INSKEN), TEKUN Nasional dan Institut Koperasi Malaysia (IKKM).

Ini termasuk menjadikan DRI sebahagian daripada modul dan latihan yang disasarkan INSKEN, meneroka kolaborati­f pada Bengkel Keusahawan­an Digital Maxis dan penyelesai­an digital untuk segmen Mikro dan PKS.

Maxis juga akan berkongsi progres tahunan mengenai kesediaan digital negara dengan agensi melalui pemahaman yang dihasilkan daripada DRI untuk membantu mereka mengukur kadar penggunaan digital di negara ini.

Sila tonton video pelancaran di sini https://youtu. be/BZx2-fMqN8E.

Untuk maklumat lebih lanjut dan tinjauan DRI, sila kunjungi https://business. maxis.com.my/digital-index/.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Wan Junaidi (dua kiri) bersama pegawai kanan Maxis bergambar kenangan bersama.
UNTUK ALBUM: Wan Junaidi (dua kiri) bersama pegawai kanan Maxis bergambar kenangan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia