Utusan Borneo (Sarawak)

Lima cawangan SUPP di Sibu gesa PSB, DAP mohon semakan kehakiman

-

SIBU: Lima cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu menggesa parti pembangkan­g iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) memfailkan semakan kehakiman kepada mahkamah jika benar Perkara 16 Perlembaga­an Negeri Sarawak yang dipinda akan menghakis hak rakyat Sarawak.

Lima cawangan tersebut ialah SUPP Cawangan Bukit Assek, Bawang Assan, Nangka, Dudong dan Pelawan.

Dalam kenyataan bersama semalam, kelima-lima cawangan itu mengatakan bahawa Presiden PSB Dato Sri Wong Soon Koh dan DAP harus berbuat demikian kerana hanya cara tersebut dapat menentukan sama ada pindaan terbabit akan menghakis hak rakyat negeri ini.

“Jika tidak, tafsiran mengenai pindaan Perkara 16 oleh PSB dan DAP adalah sia-sia sahaja.

“Sekiranya PSB dan DAP adalah parti yang mempunyai prinsip politik, mereka harus memiliki keberanian politik untuk membawa Perkara 16 Perlembaga­an Negeri Sarawak yang dipinda untuk keputusan kehakiman,” kata parti itu.

Sebagai alternatif untuk mencari kepastian, kenyataan itu menggesa PSB meletakkan calon yang menyerupai ciri contoh yang diucapkan pemimpin PSB dan DAP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sehingga kes itu dapat diuji di dalam mahkamah.

Lima cawangan SUPP di Sibu mengeluark­an kenyataan terbabit sebagai tindak balas terhadap iklan halaman penuh PSB baru-baru ini yang mendakwa bahawa Perkara 16 Perlembaga­an Negeri Sarawak yang telah dipinda akan mengikis hak rakyat Sarawak.

Kelima-lima cawangan itu menyatakan bahawa iklan terbabit mengeliruk­an rakyat Sarawak, kerana menurut penjelasan Pindaan Rang Undang-Undang, tujuan pindaan tersebut adalah untuk mentakrifk­an apa itu penduduk asal Sarawak.

Dinyatakan bahawa, pindaan terbaharu pada Perkara 16 telah memberikan peringatan tambahan mengenai kelayakan sebagai ADUN termasuk penduduk asal Sarawak yang lahir di Sarawak atau rakyat Sarawak yang lahir di luar Sarawak dan sama ada ibu atau bapa mereka rakyat Sarawak.

“Dengan kata lain, untuk menjadi ADUN sekarang, bukan sahaja seseorang itu harus menjadi penduduk Sarawak tetapi ibu bapanya atau salah seorang daripada mereka juga mesti dilahirkan di Sarawak,” katanya.

Ketentuan Perkara 16 pascapinda­an memperuntu­kkan bahawa untuk memenuhi syarat sebagai ADUN, seseorang harus menjadi warganegar­a; berumur lebih daripada 18 tahun; jika dilahirkan di Sarawak, ibu bapanya atau salah seorang ibu bapanya mesti dilahirkan di Sarawak; jika tidak dilahirkan di Sarawak, ibu bapanya atau salah seorang ibu bapanya mesti dilahirkan di Sarawak; dan dia biasanya menetap di Sarawak.

Kenyataan daripada lima cawangan itu turut menegaskan bahawa sama ada seseorang itu dilahirkan di Sarawak atau tidak seharusnya menjadi tumpuan hujah kerana seseorang tidak boleh mengatakan bahawa prapindaan Perkara 16 secara khusus menghalang mereka yang tidak dilahirkan di Sarawak untuk mencalonka­n diri dalam PRN.

“Sekiranya prapindaan Perkara 16 tidak mengecuali­kannya, bagaimana pemimpin pembangkan­g dapat mendakwa bahawa Perkara 16 adalah menghakis hak-hak rakyat Sarawak?” soalnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia