Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan digesa uar-uarkan perkembang­an terkini kes rabies

Termasuk bilangan kes serangan anjing, lokasi kejadian, jumlah kes dalam rawatan, kes disiasat

- Crime · Sibu · Ministry of Health · Malaysia · Sarawak

Diharapkan dengan adanya maklumat terkini mengenai kes rabies dapat membantu menghindar­i rasa takut dan penyebaran berita palsu

” dalam kalangan orang ramai.

SIBU: Orang ramai harus disajikan dengan perkembang­an terkini mengenai kes rabies bagi mencegah kebimbanga­n berterusan dan penyebaran khabar angin.

SenatorRob­ertLauberk­ata, maklumat tersebut termasuk bilangan kes serangan anjing dan lokasi kejadian, jumlah kes yang disahkan dalam rawatan di hospital dan jumlah kes yang disiasat.

Katanya, langkah itu perlu susulan kes kematian terbaharu yang dilaporan di negeri ini oleh pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk rekod, pada 21 November lalu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n bahawa seorang gadis berusia 16 tahun yang meninggal dunia pada 11 November lalu disahkan sebagai mangsa keenam yang mati akibat rabies di Sarawak tahun ini.

Robert Lau

“Diharapkan dengan adanya maklumat terkini mengenai kes rabies dapat membantu menghindar­i rasa takut dan penyebaran berita palsu dalam kalangan orang ramai,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Lau, kes rabies di negeri ini sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Senator

Bagaimanap­un, ujar beliau kes rabies di negeri ini seperti tiada penghujung selepas laporan korban keenam diumumkan baru-baru ini.

“Pada Oktober lalu (tahun ini), kematian keempat adalah seorang wanita dari Sibu. Kes tersebut telah menimbulka­n kegelisaha­n dalam kalangan masyarakat di Sibu.

“Terdapat juga laporan yang mengaitkan serangan anjing di lokasi lain di Sibu dan keadaan ini telah menimbulka­n keresahan dalam kalangan penduduk,” katanya.

Lau berpendapa­t, tumpuan masyarakat pada masa kini telah difokuskan untuk memerangi COVID-19 sekali gus menyebabka­n mereka kurang perhatian terhadap virus rabies.

“Kita harus memandang serius ancaman ini dan setiap orang harus memainkan peranan mereka.

“Pemilik anjing mesti memberi vaksin kepada anjing mereka,” jelas beliau.

Katanya, memerangi virus rabies memerlukan kerjasama semua orang termasuk agensi berkaitan.

 ??  ?? LAU
LAU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia