Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna merungut harga bawang merah mahal

Barang kawalan itu dijual RM14.50-RM20 sekg sejak awal November berbanding RM4.50-RM7 sekg sebelum ini

- Oleh Henrietta Liza Business · Consumer Goods · Kyrgyzstan · India · Sarawak · Malaysia · Pakistan · China · Netherlands · Thailand · Bangalore · Government of India

Harga bawang merah telah naik sejak Hari Deepavali yang lalu dan menjadi kebiasaan apabila harganya telah naik... dalam tempoh dua bulan akan datang

” harganya akan turun semula.

Dollah Sahmat

KUCHING: Harga barang kawalan bawang merah (rose) mendapat banyak rungutan daripada para pengguna kerana dijual pada harga dua kali ganda lebih mahal sejak awal November lalu.

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa premis runcit dan pasar raya di sini mendapati ia dijual antara RM14.50 hingga RM20 sekilogram (kg) berbanding antara RM4.50 hingga RM7 sekg sebelum ini.

“Harga bawang merah telah naik sejak Hari Deepavali yang lalu dan menjadi kebiasaan apabila harganya telah naik... dalam tempoh dua bulan akan datang harganya akan turun semula,” kata pembantu di salah sebuah kedai rempah di Lebuh India Dollah Sahmat, 54 tahun ketika ditemui semalam.

Menjadi kebiasaan juga bagi pihaknya membeli barang kawalan tersebut secara borong yang dijual antara RM13 hingga RM14 seguni (10kg).

Namun, daripada 10kg di dalam guni itu pasti terdapat 2kg bawang merah yang rosak yang akan dijual semula dengan harga yang mahal sedikit selepas dikopek.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak sebelum ini telah menetapkan harga bawang tersebut dijual pada harga RM7.50 sekg, katanya ketika ditanya pemberita.

“Tetapi buat masa ini, kami menjual RM20 sekg walaupun ramai kalangan pengguna yang mengadu harganya mahal tetapi mereka masih membeli dalam kuantiti yang mencukupi untuk kegunaan hari-hari,” katanya.

Pembantu kedai

Sementara itu, Charlene Johnny, 36, daripada RockaBaker Cakes berkata, beliau jarang membeli bawang merah kerana keluargany­a banyak menggunaka­n bawang putih yang turut menampakka­n kenaikan tetapi tidak banyak.

“Saya merasakan sebab COVID-19 semua orang mengambil kesempatan dan masalah logistik berkemungk­inan antara penyebab kerana ia dijual pada harga yang begitu mahal sekarang.

“Perkara ini membebanka­n pengguna secara keseluruha­n,” tambahnya.

Sementara Chiong Yew Soon, 38 tahun, seorang pekerja swasta meminta agar pihak KPDNHEP memantau harga bawang merah kerana ia merupakan rempah ratus yang digunakan masyarakat setiap hari.

Pasar raya tegasnya, mungkin tidak mendapat keuntungan yang banyak dan berkemungk­inan menyebabka­n harga barang keperluan itu dinaikkan.

“Jika harga bawang merah dikurangka­n ia menjadi lebih baik buat konsumer dan sekiranya harganya terlampau mahal lebih baik kita tidak membeli.

“Malaysia mengimport bawang dari negara luar dan seharusnya pada waktu pandemik seperti ini, KPDNHEP memantau kenaikan harga bagi barang tersebut,” tegasnya.

Pengurus Restoran di Emporium Abang Al Midza Mohammad Salleh, 28 tahun pula tidak merasakan kenaikan harga itu memberi bebanan buat perniagaan menjual makanan.

“Kami kawal penggunaan bawang merah dan bahagian dapur kami menggunaka­n bawang besar India yang lebih murah serta tidak mengubah rasa pada masakan,” katanya.

Ini merupakan kali kedua harga bawang merah naik selepas tahun lepas di mana ia pernah naik sehingga mencecah RM19 sekg.

Sebelum ini, kenyataan KPDNHEP berkata pihaknya akan memantau harga bawang merah namun percaya fenomena tersebut terjadi ekoran daripada kekurangan bekalan.

Bekalan bawang di negara ini diimport dari 29 negara, dengan lima negara adalah pengeskpor­t terbesar iaitu India (36 peratus), Pakistan (23 peratus), China (19 peratus), Belanda (9 peratus) dan Thailand (7 peratus).

India merekodkan jumlah pengekspor­tan bawang berjumlah 149,539,411 kilogram ke negara ini, bersandark­an permintaan tinggi yang dipengaruh­i cita rasa dan trend pemakanan rakyat tempatan.

Bagaimanap­un, Kerajaan India pada 14 September lalu mengeluark­an arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang kecuali jenis Bangalore Rose dan

Krishnapur­am bagi menam- pung keperluan domestik mereka susulan banjir yang berlaku di negara itu.

 ??  ?? MAHAL: Bawang merah yang dijual dua kali ganda harga sebelumnya di premis runcit dan pasar raya di Kuching.
MAHAL: Bawang merah yang dijual dua kali ganda harga sebelumnya di premis runcit dan pasar raya di Kuching.
 ??  ??
 ??  ?? CHIONG
CHIONG
 ??  ?? DOLLAH
DOLLAH
 ??  ?? CHARLENE
CHARLENE
 ??  ?? ABANG AL MIDZA
ABANG AL MIDZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia