Lelaki keluar dari pusat kuarantin ditahan
KUCHING: Seorang lelaki yang keluar dari pusat kuarantin antara tiga individu yang ditahan polis di Sarawak kelmarin.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), lelaki tempatan itu ditahan apabila keluar dari pusat kuarantin di sebuah hotel di Miri.
“Hari ini pihak polis menahan tiga orang termasuk seorang lelaki warganegara India dan seorang warganegara China di Kuching kerana tidak mematuhi penjarakan fizikal.
“Manakala seorang lelaki tempatan ditangkap kerana keluar dari pusat kuarantin di hotel di Miri,” kata JPBNS dalam satu kenyataan kelmarin.