Utusan Borneo (Sarawak)

Pengguna diseru cari bahan pengganti bawang merah

- Business · Mumbai · India

MUKAH: Para pengguna diseru bertindak lebih bijak untuk mencari bahan pengganti bagi mengatasi kenaikan harga bawang merah.

Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Mukah Salihin Den berkata, satu bahan pengganti yang boleh disyorkan adalah bawang Bombay India.

“Ada alternatif atau pilihan kepada pengguna iaitu untuk bertukar kepada bawang Bombay India yang turut berada di pasaran,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau ditanya mengenai keadaan semasa harga bawang merah di Mukah.

Terlebih dahulu, Salihin mengatakan kenaikan harga bawang merah tidak dapat dielakkan kerana para pembekal adalah dari Sibu.

Pembekal itu katanya, turut mengimport bawang merah kecil dari India.

Katanya kenaikan harga bawang merah terutama di kawasan Mukah telah dikesan sejak awal Oktober lalu.

Bagaimanap­un, pihaknya telah mengeluark­an beberapa notis berhubung kenaikan harga kepada peniaga utama di Mukah.

Ia bagi mendapatka­n penjelasan yang lebih terperinci berhubung kenaikan harga bawang merah.

 ??  ?? SALIHIN
SALIHIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia