Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah rumah: Jurujual wanita hilang telefon bimbit

-

MIRI: Seorang jurujual wanita kehilangan telefon bimbit setelah bilik sewanya dipecah masuk oleh seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian berlaku di Jalan Riam di sini, awal pagi Ahad lalu.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Pusat Miri di sini sekitar tengah hari pada hari sama.

Dalam aduannya, mangsa, 30, mendakwa sekitar jam 2 pagi, pada 22 November lalu semasa baharu pulang kerja, dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali meluru keluar dari bilik sewanya di Taman Classy, Jalan Riam di sini.

Mangsa membuat pemeriksaa­n lanjut dalam bilik dan mendapati satu unit telefon bimbit miliknya hilang.

Lelaki terbabit dipercayai masuk ke bilik mangsa melalui pintu hadapan dan tombol pintu hadapan biliknya dirosakkan.

Mangsa bimbang keselamata­n diri dan kejadian sama berulang tampil membuat laporan polis.

Sementara dalam satu kes berasingan, sebuah premis menjual produk penjagaan kecantikan kerugian RM350 setelah seorang pelanggan mencuri beberapa barangan dari bahagian stor premis.

Difahamkan, pelanggan terbabit masuk ke bahagian stor premis dan mencuri satu gincu serta dua botol vitamin semuanya bernilai RM350.

Perbuatann­ya itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dipasang dalam premis tersebut.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh pengurus premis terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia