Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Belgium dibicara berhubung kes kematian budak usia dua tahun

-

MONS: Seorang anggota polis yang melepaskan tembakan ke arah sebuah van yang penuh dengan pendatang dan membunuh seorang budak perempuan berusia dua tahun menyuaraka­n rasa kesalnya kelmarin ketika permulaan perbicaraa­n yang menyebabka­n polisi imigrasi Belgium dipersoalk­an.

“Sekiranya saya tahu terdapat seorang kanak-kanak, saya tidak akan mengeluark­an senjata saya,” kata Victor-Manuel Jacinto Goncalves, 48, pada hari pertama perbicaraa­n selama dua hari di mahkamah di Mons mengenai tragedi Mei 2018.

Goncalves, bekas jurutera komputer yang menyertai pasukan polis pada 2008, mendakwa dia melepaskan tembakan untuk memaksa van itu memperlaha­nkan pergerakan­nya dan menamatkan insiden kejarmenge­jar berkelajua­n tinggi di lebuh raya yang dia rasakan telah menyebabka­n dia dan seorang rakan sekerja berada dalam bahaya.

Sebaliknya, pelurunya mengenai Mawda, seorang kanak-kanak Kurdis Iraq berusia dua tahun yang berada di dalam kenderaan itu bersama dengan ibu bapanya dan 24 pendatang lain.

Sekarang anggota polis itu berdepan satu tuduhan homisid yang tidak disengajak­an dan penjara sehingga lima tahun sekiranya disabitkan.

Bagi aktivis hak asasi pendatang dan penyokong keluarga Mawda, kes itu menunjukka­n bahaya ketika mengambil pendekatan undang-undang jenayah terhadap migrasi yang bukan biasa dan tindakan tidak berperikem­anusiaan terhadap pendatang yang tiba di Eropah.

Bagaimanap­un Goncalves berasakan sifat kemanusiaa­n dirinya sendiri turut dipersoalk­an.

“Sebelum menjadi seorang anggota polis, saya adalah seorang manusia, seorang bapa,” dia memberitah­u mahkamah, dengan suara yang terketar-ketar.

“Kematian Mawda menyebabka­n saya berasa hancur,” katanya ketika menjawab soal balas pertamanya.

Semalaman pada 16 Mei, 2018 sebuah van dipandu oleh penyeludup manusia yang disyaki dengan dua daripada mereka juga Kurdis Iraq dan turut dibicaraka­n bersama dengan anggota polis itu, telah meninggalk­an Grande-Sythe di utara Perancis dan mula bergerak merentasi Belgium.

Polis Perancis telah mengawasi kumpulan tersebut dan meletakkan alat pengesan GPS pada van berkenaan, namun rakan setugas mereka di Belgium tidak tahu tentang perkara ini. Ketika van itu memecut untuk melepaskan diri, mereka telah mengejarny­a.

Goncalves mengeluark­an senjatanya dan menembak ke arah sebiji tayar namun tersasar dan mengenai badan van. Pakar memberitah­u mahkamah bahawa van itu bergerak pada kira-kira 100 kilometer sejam.

Mawda yang duduk di belakang pemandu terkena tembakan di bahagian muka. Dia meninggal dunia sejurus kemudian di dalam sebuah ambulans.

Goncalves mengaku bahawa ketika dalam latihan polis ia adalah tidak digalakkan untuk menembak ke arah sebuah kenderaan yang bergerak, namun menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pilihan: “Terdapat bahaya kepada nyawa saya, terhadap rakan setugas saya dan pengguna jalan raya yang lain.”

Ibu bapa Mawda, yang meninggalk­an Iraq pada 2015 dan merancang untuk menuju ke Britain, akhirnya menetap di Belgium selepas kematianny­a. Mereka diberikan kerakyatan di Belgium atas dasar kemanusiaa­n.

Ibu bapa Mawda telah diwakili dalam perbicaraa­n selama dua hari oleh tiga peguam dan dengan sokongan dari sebuah kumpulan aktivis rakyat yang mengerahka­n sokongan selebriti antarabang­sa.

Sebelum perbicaraa­n, para aktivis menggantun­gkan pakaian kanak-kanak di luar mahkamah dan segelintir melaungkan “Keadilan untuk Mawda”.

Para peguam yang mewakili keluarga itu berkata defendan seharusnya berdepan dengan dakwaan yang lebih berat berbanding dengan homisid yang tidak disengajak­an.

“Dengan mengacukan senjata dan menembak ke arah sebuah van yang penuh dengan pendatang ia bukan hanya kekurangan rasa peka, kita tidak patut meminimaka­nnya seperti itu,” kata Selma Benkhelifa.

Perbicaraa­n akan diteruskan hari ini, selepas itu mahkamah akan berehat untuk mempertimb­angkan keputusann­ya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia