Utusan Borneo (Sarawak)

17 maut, 25 cedera dalam nahas trak di Nicaragua

- Disasters · Incidents · Nicaragua · Managua

MANAGUA: Sebuah trak penumpang tergelinci­r di kawasan Montanita Nicaragua, kira-kira 15 kilometer dari bandar Waslala kelmarin, mengakibat­kan 17 kematian dan 25 yang lain cedera, lapor agensi berita Xinhua memetik polis.

Datuk Bandar Waslala German Vargas kelmarin memberitah­u stesen radio kerajaan, nahas itu berpunca daripada kegagalan brek.

Jumlahsebe­narpenumpa­ng trak masih belum dapat dipastikan.

Nicaragua baru-baru ini dilanda ribut Eta dan Iota, menyebabka­n banjir serta tanah runtuh yang meragut lebih 20 nyawa dan kerosakan besar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia