Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga kilogram kokain ditemui dalam tandas pesawat Colombia ke Mexico

-

KOTA MEXICO: Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumka­n ia merampas hampir tiga kilogram kokain yang ditemui di dalam tandas sebuah pesawat yang tiba dalam penerbanga­n komersil dari Colombia.

Dadah tersebut ditemui di dalam tong sampah oleh anak kapal selepas pesawat itu mendarat di Kota Mexico, kata Pengawal Negara dalam satu kenyataan, tanpa mendedahka­n identiti syarikat penerbanga­n berkenaan.

Lima paket, dibungkus dalam plastik dan seberat 2.86 kilo (6.3 paun), sudah diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya Umum untuk siasatan lanjut.

Mexico berada pada salah satu laluan pengedaran dadah utama dari Amerika Selatan dan penumpang dari rantau itu sering berdepan dengan pemeriksaa­n yang ketat apabila tiba. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia