Utusan Borneo (Sarawak)

SPR adakan mesyuarat khas 27 Nov bincang PRK Parlimen Gerik dan DUN Bugaya

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincang­kan mengenai tarikh-tarikh penting urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, pada Jumaat ini (27 November).

Dalam kenyataan semalam, Setiausaha SPR Datuk I k mal ru di nI s hak berkata mesyuarat khas itu akan dipengerus­ikan oleh Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada jam 9.30 pagi, di Ibu Pejabat SPR, Menara SPR di sini.

“Mesyuarat khas itu akan membincang­kan tarikhtari­kh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanak­an pilihan raya tersebut,” katanya.

Menurut Ikmalrudin, SPR telah menerima pemakluman rasmi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.054 Gerik dan DUN N.66 Bugaya, Sabah susulan kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Gerik Allahyarha­m Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November, manakala penyandang kerusi DUN Bugaya, Allahyarha­mah Manis Muka Mohd Darah kembali rahmahtull­ah pada 17 November.

Ikmalrudin berkata SPR menerima pemakluman berkenaan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pada 18 November.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembaga­an Persekutua­n, SPR akan mengadakan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut,” katanya.

Hasbullah, 63, meninggal dunia pada 16 November di Raub, Pahang akibat sakit jantung. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Allahyarha­m memenangi kerusi Parlimen Gerik dengan undian majoriti sebanyak 5,528.

Bagi kekosongan luar jangka kerusi DUN Bugaya, Ikmalrudin berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M. Yahya pada 23 November lepas.

“Satu PRK juga akan diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut berdasarka­n kepada Artikel 21 (5) Perlembaga­an Negeri Sabah,” katanya.

Manis Muka, 65, meninggal dunia pada 17 November di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu akibat masalah buah pinggang. Allahyarha­m mempertaha­nkan kerusi DUN Bugaya itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 Oktober lepas dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarny­a.

Berikutan situasi semasa penularan wabak COVID-19 di Sabah dan seluruh negara, Dewan Rakyat semalam dimaklumka­n bahawa pengisytih­araan darurat sepertiman­a dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimba­ng di Parlimen Gerik dan DUN Bugaya yang bakal berdepan PRK.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanap­un ia bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Yang di-Pertuan Agong AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 November telah mengisytih­arkan Proklamasi Darurat di Parlimen P.185 Batu Sapi, Sabah, sekali gus membatalka­n PRK kerusi itu sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik COVID-19.

Proklamasi darurat itu adalah berdasarka­n Fasal (1) Perkara 150 Perlembaga­an Persekutua­n dilakukan selepas memperhalu­si penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersemb­ahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

PRK Batu Sapi itu perlu diadakan susulan kematian penyandang­nya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paruparu, dan SPR sebelum ini menetapkan hari penamaan calon bagi PRK Batu Sapi pada 23 November, hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia