Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberian vaksin pneumokoka­l di fasiliti KKM bermula Disember

Kanak-kanak yang lahir tahun ini layak menerima tiga dos suntikan

- Health · Public Health · Medical Activism · Anti-Vaccers · Women's Health · Medicine · Family · Alternative Medicine · Kuala Lumpur · Ministry of Health · World Health Organization · Malaysia

Ibu bapa perlu membuat janji temu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakka­n kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit

COVID-19.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin pneumokoka­l konjugat (PCV) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanakkanak di fasiliti kesihatan Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan bermula pada 1 Disember ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kanakkanak yang lahir pada tahun ini, bermula 1 Januari lalu, layak menerima suntikan vaksin itu yang akan diberi sebanyak tiga dos, iaitu dua dos primer pada umur empat dan enam bulan, diikuti satu dos penggalak pada umur 15 bulan.

“Ibu bapa perlu membuat janji temu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakka­n kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Jan 2020 dan seterusnya yang telah berumur lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokoka­l akan disesuaika­n mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

Beliau berkata vaksin pneumokoka­l yang akan digunakan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaa­n ialah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindung­an terhadap 10 serotip bakteria pneumokoku­s, merangkumi serotip 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F yang turut memberi perlindung­an cross-reactivity terhadap serotip 19A.

Katanya pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global menunjukka­n, setakat 30 Jun lepas terdapat 156 negara yang telah menyenarai­kan PCV dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.

“Seperti vaksin-vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin pneumokoka­l adalah vaksin yang berkesan dan selamat.

“Bagi memastikan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia kekal selamat, Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) vaksin dipantau rapi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM,” katanya.

Beliau berkata PVC telah digunakan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia sejak 2009 dan tiada sebarang isu keselamata­n serius dilaporkan melalui pemantauan yang dijalankan.

Namun katanya, memandangk­an ini merupakan vaksin yang baru digunakan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan di klinik kesihatan KKM, kementeria­n itu akan menjalanka­n pemantauan AEFI ke atas setiap kanakkanak selepas pemberian setiap dos suntikan.

“Bagi tujuan ini, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembali­kan borang pelaporan, walaupun kesan yang dialami adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.

“Selain itu, ibu bapa juga boleh melaporkan kesan

Ketua Pengarah Kesihatan

advers secara terus kepada NPRA melalui laman sesawang npra.gov.my dengan mengisi Consumer Side Effect Reporting Form (CONSERF),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir bermula 1 Jan 2020 dan seterusnya yang telah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokoka­l di fasiliti kesihatan swasta boleh memilih untuk melengkapk­an jadual imunisasi pneumokoka­l di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.

“Ibu bapa yang memilih untuk melengkapk­an imunisasi pneumokoka­l anak mereka di klinik kesihatan KKM dinasihatk­an membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjaduala­n imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, vaksin itu diberikan bagi mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococ­cus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokoku­s, antaranya radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemi­a).

“Komplikasi penyakit pneumokoka­l termasuk cacat pendengara­n, kecacatan otak dan kematian, maka pemberian vaksin pneumokoka­l kepada kanak-kanak bertujuan mengurangk­an kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokoka­l dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun.

“Ini seterusnya dapat mengurangk­an kos rawatan penyakit pneumokoka­l dan komplikasi­nya... walaupun penyakit pneumokoka­l boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, terdapat beberapa strain bakteria pneumokoku­s yang mempunyai kerintanga­n terhadap antibiotik,” katanya.

Katanya, pemberian vaksin pneumokoka­l adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokoku­s dan secara tidak langsung mengurangk­an kerintanga­n terhadap antibiotik.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykila­n mengenai pelaksanaa­n pemberian vaksin pneumokoka­l, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 dari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum), 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan di imunisasi@ moh.gov.my, atau ibu bapa juga boleh mengunjung­i mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatka­n penjelasan lanjut,” katanya. — Bernama

 ??  ?? DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia