Imigresen tahan 141 pendatang tanpa izin di PKPD hentian Kajang
KAJANG:Enamkanak-kanak adalah antara 141 pendatang tanpa izin yang ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Imigresen di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Hentian Kajang, di sini semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi Imigresen Mohamad Fauzi Md Isa berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, pendatang haram yang ditahan berusia antara setahun hingga 50 tahun yang terdiri daripada 77 lelaki, 58 wanita dan bakinya adalah kanakkanak.
“Seramai 65 warga Indonesia; 59 Myanmar; sembilan Nepal serta lapan warganegara lain ditahan dalam operasi di PKPD Hentian Kajang yang akan berakhir tengah malam ini (semalam).
“Seramai 2,600 orang diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 1,900 adalah warga asing,” katanya ketika ditemui di lokasi PKPD Hentian
Kajang semalam.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen kerana tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih.
PKPD Hentian Kajang dilaksanakan pada 28 Oktober hingga 10 November dan tempoh itu dilanjutkan 14 hari lagi bermula 11 November dan dijadual berakhir tengah malam tadi. — Bernama